Diterbitkan pada 15 April 2026, 14:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kuala Lumpur Sikh Sports and Recreation Club (KLSSRC) akan menganjurkan Vaisakhi Fest 2026, sebuah perayaan budaya yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa sebarang bayaran masuk, bermula pada 18 April 2026, pukul 2.00 petang di Lanai, MaTiC Kuala Lumpur.

Perayaan tahunan ini diadakan bersempena dengan sambutan Vaisakhi, iaitu perayaan tradisi masyarakat Sikh yang disambut setiap tahun sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan.

Pada tahun ini, majlis tersebut turut dianjurkan dalam semangat Tahun Melawat Malaysia 2026, mencerminkan keindahan kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan negara.

Antara tarikan utama pada malam tersebut termasuklah persembahan artis terkenal dari India, Malkit Singh Golden Star yang dikenali ramai melalui lagu Bhangra popular beliau. Kumpulan popular Malaysia, B21, turut dijemput tampil menghiburkan para hadirin.

Selain itu, pengunjung juga akan dapat menikmati persembahan daripada Avtar (AV), DJ Nick Dhillon, DJ Baldave, dan DJ Freazz yang akan menaikkan semangat para pengunjung yang hadir sepanjang majlis.

Tidak ketinggalan, persembahan kebudayaan oleh beberapa kumpulan seperti Malaysian Punjabi Bhangra, Punjabi Virsa Bhangra, Malaysia Gatka Federation, dan Sri Dasmesh Pipe Band turut dijadualkan memeriahkan suasana, membawa penonton menyelami keunikan budaya Punjabi yang kaya dan bersemangat.

Program ini mendapat sokongan pelbagai pihak termasuklah Tourism Malaysia serta beberapa rakan kongsi strategik dan korporat. Hotel Marriott Kuala Lumpur bertindak sebagai rakan hotel rasmi, manakala pengurusan acara dikendalikan oleh Big Event & Supplies.

Festival ini diharapkan akan dapat merapatkan lagi hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia sambil memperkenalkan budaya Sikh kepada masyarakat umum dalam suasana yang meriah

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi