Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kumpulan Gerak Teater Tari Johor Bahru ( GETAR JB) muncul juara Festival Teater Zon Selatan 2026 dengan naskah teater Dalang, sekali gus akan mewakili Zon Selatan ke peringkat kebangsaan.
Sebanyak enam naskah teater telah dipersembahkan sepanjang enam hari berturut-turut bermula dari 15 sehingga 21 Jun 2026 di Panggung Seri, Kompleks JKKN Melaka.
Majlis Penutupan Festival Teater Zon Selatan 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan Dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, YBrs. Encik Mohd Radzi Omar.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Konsul Penerangan Sosial Dan Budaya, Konsulat Jenderal Republik Indonesia Johor Bahru, Ibu Erry Kananga; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Jcorp, YBhg. Dato’ Mizan Yahya; Ketua Pegawai Kelestarian dan Impak Sosial Yayasan Johor Corporation, YBrs. Puan Zaidatul Zurita Abdul Rahman dan Pengarah JKKN Melaka YBrs. Cik Ezlina binti Alias.
Pementasan bagi Festival Teater Zon Selatan 2026 bertemakan Sejarah, Diplomasi Dan Peradaban, Patriotik ini telah diadakan bertujuan untuk mencapai kecemerlangan seni pementasan teater, memberikan peluang kepada kumpulan teater negeri untuk mempamerkan kreativiti, sebagai medium percambahan ilmu dalam kalangan penggiat teater dan menyediakan ruang serta kemudahan kepada penggiat teater untuk berkarya.

Berikut merupakan keputusan penuh Festival Teater Zon Selatan 2026:
JOHAN
Teater : Dalang
NAIB JOHAN
Teater : Hak Milik Kerajaan
TEMPAT KETIGA
Teater : Titah
ANUGERAH DR ROS
Noor Idlah binti Abdul Halim
Teater : Hak Milik Kerajaan
ANUGERAH KHAS JURI
Teater : Tragedi Bukit Kepong
PENGARAH TERBAIK
Senjakala @ Azri Azmi Abdul Aziz
Teater : Dalang
PELAKON LELAKI TERBAIK
Muhamad Azrulsyafiq bin Samsudin
Teater : Dalang
PELAKON WANITA TERBAIK
Haslina Rahman
Teater : Dalang
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Ahmad Nor Ashraf
Teater : Titah
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Siti Syaidatul Amanina binti Kamarudin
Teater : Hak Milik Kerajaan
PELAKON HARAPAN LELAKI
Md Ezam Shah bin Elsid
Teater : Tragedi Bukit Kepong
PELAKON HARAPAN WANITA
Nur Laila Badrina binti Badrussan
Teater : Tragedi Bukit Kepong
SINOGRAFI TERBAIK
Teater : Dalang
KOSTUM TERBAIK
Teater : Titah