15 Oktober 2021, 11:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur Setelah 18 tahun pengajuran Hari Kraf Kebangsaan, buat pertama kalinya pada tahun ini sambutannya dianjurkan secara maya. Virtual Hari Kraf Kebangsaan 2021 (VHKK 2021) yang berlangsung dari 15 Oktober 2021 sehingga 15 Disember 2021 merupakan virtual kraf yang pertama seumpamanya pernah diadakan di Malaysia. Penganjuran VHKK 2021 diadakan untuk memberikan pengiktirafan atas penglibatan dan segala sumbangan usahawan kraf tempatan dan para artisan kraf dalam membangunkan industri kraftangan di negara kita. VHK 2021 juga merupakan inisiatif Kraftangan Malaysia dalam membantu dan menyokong usahawan kraf tempatan.

VHKK 2021 bertemakan “Kraf Menceriakan Kehidupan” menghimpunkan seramai 500 usahawan kraf seluruh negara dengan menggabungkan pelbagai informasi industri kraf yang akan disampaikan secara informatif, inklusif dan interaktif. VHK 2021 menggangarkan sebanyak lebih 25,000 produk kraf yang boleh didapati oleh orang ramai. Melalui pameran virtual ini, para pengunjung boleh menerokai dan mengakses sendiri pengalaman baharu setiap pameran dan jualan kraf secara digital melalui pendekatan exciting, memorable dan experience. Para pengunjung boleh mengujungi VHKK 2021 dengan hanya melayari www.mycraftevent.com.

Para pengunjung boleh mengakses ke lima bahagian utama jika mengunjungi VHKK 2021 iaitu ruang pameran (exhibitor hall), ruang pertunjukan (showcase hall), auditorium, pusat perniagaan kraf atau craft business centre (CBC) dan muzium digital kraf. Setiap ruang menyediakan pelbagai informasi dan pengalaman yang menarik buat para pengunjung maya. Sebagai contohnya, pengunjung boleh melihat demonstrasi kraf di ruang pertunjukan, menonton peragaan fesyen secara maya di auditorium dan menerokai Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan Kompleks Kraf Langkawi secara maya melalui di muzium digital kraf.

Marilah semua rakyat  Malaysia kita menyokong industri kraftangan tempatan dengan memeriahkan VHKK 2021 yang berlangsung secara maya selama dua bulan bermula dari 15 Oktober 2021 sehingga 15 Disember 2021.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.