20 Oktober 2021, 08:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam Kerajaan Selangor meneruskan pemberian subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor dengan edisi kedua tahun ini setelah edisi pertama yang diedarkan pada umum pada Januari lalu menerima sambutan yang hangat daripada orang ramai. Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merupakan salah satu insentif yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang memperuntukkan sebanyak RM 2.55 juta kepada industri pelancongan Selangor.

Sebanyak RM 1 juta diperuntukkan untuk Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0  merangkumi 10,000 unit baucar bernilai RM 100 setiap satu yang akan ditawarkan kepada umum di aplikasi e-dagang terkemuka; Shopee bermula 22 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021, atau sehingga baucar pembelian habis ditebus. Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 ini boleh digunakan untuk membeli lebih dari 170 pakej pelancongan menarik yang ditawarkan secara khusus oleh 35 agensi pelancongan negeri Selangor yang mengambil bahagian dalam edisi kali ini. Tempoh perjalanan atau penggunaan baucar pula bermula dari 22 Oktober 2021 sehingga 30 Jun 2022.

Terma dan syarat penebusan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 di aplikasi Shopee adalah seperti berikut:

1)         Tempoh Kempen / Tempahan: 22 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2021.

2)         Tempoh Perjalanan: 22 Oktober 2021 hingga 30 Jun 2022.

3)         Promosi: Dapatkan SATU (1) baucar bernilai RM100 dengan syarat Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad), dan berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2021.

4)         Setiap pengguna Shopee terhad kepada SATU (1) transaksi setiap baucar sepanjang tempoh kempen.

5)         Terhad kepada sejumlah 10,000 penebusan baucar sepanjang tempoh kempen.

6)         Semua pembayaran harus dilakukan dengan fungsi ‘ShopeePay’ SAHAJA.

7)         Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi.

8)         Promosi akan dihentikan setelah jumlah baucar habis, atau pada masa tempoh kempen berakhir, mana yang lebih awal.

9)         Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.

10)      Promosi tidak boleh ditukar atau diganti dengan produk lain atau wang tunai.

Inilah masanya untuk anda “Pusing Selangor Dulu!” susulan pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik Negara. Rebut peluang untuk tebus Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 dan terokai pelbagai tarikan pelancongan Negeri Selangor menerusi pembelian pakej pelancongan Negeri ini. Gunakan untuk percutian akhir tahun anda atau simpan dan guna pada tahun hadapan sehingga akhir Jun 2022!

Kempen Pusing Selangor Dulu memberikan penekanan kepada inisiatif promosi pelancongan domestik dengan melibatkan usahasama dengan penggiat industri pelancongan seperti pihak hotel, agensi pelancongan, media dan syarikat penerbangan. Tarikan pelancongan negeri Selangor dapat dipromosikan secara lebih meluas menerusi kempen ini yang giat dijalankan di laman digital dan media sosial rasmi Tourism Selangor di laman Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok, dan saluran YouTube, dengan tanda pagar #PusingSelangorDulu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.