Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangBagi pencinta makanan khususnya di Malaysia, Pulau Pinang begitu sinonim sebagai satu daripada destinasi persinggahan untuk pengunjung menikmati pelbagai rasa makanan yang menjadi keistimewaan pulau tersebut.
Apa tidaknya, Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan berasaskan rempah, terutamanya kuah nasi kandar dan ais cendol yang menjadi pemanis mulut dan penghilang rasa haus. Antara makanan yang paling popular semestinya nasi kandar dengan kuah kari yang pekat, rojak pasembor, sotong kangkung dan ais kepal.
Disebabkan oleh keaslian, keunikan dan variasi makanan yang terdapat di negeri ini, tidak hairanlah jika Pulau Pinang digelar sebagai “syurga makanan” dan menjadi destinasi pilihan rata-rata pengunjung yang gemar melakukan aktiviti pencarian serta mencuba berbagai-bagai menu makanan baharu.
Ruangan “Kembara” pada kali ini akan menyajikan pembaca dengan foto pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati di Pulau Pinang.
1. Nasi Kandar
2. Rojak Pasembor
3. Mi Goreng Mamak
4. Char Kuetiau
5. Kacang Masala
6. Jeruk Buah
7. Ais Sarbat atau Ais Tingkap
8. Ais Cendol