Oleh Lutfi Zahid
24 Februari 2022, 14:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuching – Tourism Selangor meneruskan inisiatif mempromosikan pelancongan dalam negara dengan menyertai Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang  berlangsung selama 4 hari bermula 24 hingga 27 Februari 2022 ini di Waterfront Kuching, Sarawak.

Program Citrawarna Keluarga Malaysia ini merupakan  program anjuran Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mempromosikan pelancongan yang bertemakan akar budaya tempatan dengan mengetengahkan tradisi seni dan budaya autentik yang merupakan wadah penyemarakan pelancongan, seni dan budaya di Malaysia.

Program ini juga sejajar dengan objektif utama pihak penganjur bagi mempromosikan kepada masyarakat di dalam dan luar negara tentang kepelbagaian seni budaya, adat resam, kraf tangan tempatan dan keunikan makanan warisan, serta permainan tradisional di Malaysia, seterusnya menyemarakkan dan merancakkan lagi sektor pelancongan domestik negara.

Dengan tema “Temasya Kepelbagaian Budaya”, Tourism Selangor menyahut seruan pihak MOTAC dengan mengetengahkan keunikan warna-warni kebudayaan negeri Selangor dalam program ini yang tidak terhad kepada elemen kebudayaan, kraf tangan dan busana, tradisi serta warisan, malah juga gastronomi yang merupakan satu daripada tarikan pelancongan negeri ini.

Tourism Selangor turut mempromosikan Program Hos Komuniti Selangor sebagai pengisian pameran untuk pakej dan perkhidmatan yang berasaskan pelancongan eko dan warisan di negeri Selangor secara terus kepada para pengunjung. Hal ini merupakan satu program kerjasama bersama pihak MOTAC yang akan diketengahkan oleh pihak Tourism Selangor kepada orang ramai.

Delegasi negeri Selangor ke negeri Sarawak diketuai oleh Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, dan inisiatif ini adalah bertepatan dengan visi Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor dalam memperkukuh Kempen Pelancongan Domestik; “Pusing Selangor Dulu”, yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, khususnya pengguna media sosial.

Justeru, untuk warga negeri Sarawak dan yang berada di sekitar Bandar Kuching, jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan melilhat sendiri keunikan kebudayaan negeri Selangor secara terus, mahupun mendapatkan pakej pelancongan menarik yang ditawarkan khas, hanya di Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 ini.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel atau ikuti kemaskini Tourism Selangor di laman media sosial Facebook, Instagram, Twitter, saluran YouTube dan aplikasi TikTok. #PusingSelangorDulu!

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.