Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Malaysia telah bersedia untuk menerima pengembara pelayaran antarabangsa susulan pembukaan penuh sempadan negara, sempena penyertaan Tourism Malaysia di Ekspo Seatrade Cruise Global 2022 pada 25 hingga 28 April yang lalu di Miami. Tourism Malaysia dalam kenyataan media yang dikeluarkan juga menyatakan langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Malaysia mempromosikan pelancongan pelayaran serta menarik lebih ramai pengusaha kapal untuk berlabuh di negara kita.
Penyertaan Tourism Malaysia dalam ekspo tersebut adalah bertujuan untuk membina jaringan hubungan dan memenuhi janji temu perniagaan dengan Persatuan Industri Perjalanan Florida (TIA), persatuan-persatuan pelancongan kebangsaan ASEAN serta pemain industri perjalanan pelayaran serta wawancara dengan media tempatan di Amerika Syarikat mengenai produk dan destinasi menarik pelancongan Malaysia.
“Malaysia mempromosi acara tepi lautnya, kemudahan pelabuhan seperti pelabuhan persinggahan dan pelabuhan asal serta lawatan prapelayaran dan pascapelayaran yang memperlihatkan pengembara dapat merasai sendiri kepelbagaian budaya dan biodiversity sama ada di darat mahu pun lautan,” menurut kenyataan media itu lagi.
Dalam kenyataakn media tersebut, Naib Presiden Tourism Malaysia di Los Angeles, Akbal Setia juga berkata, “Kita telah kembali kepada kebiasaan perjalanan dan ini ialah masa yang tepat untuk pihak kami mempromosikan persatuan dan kerjasama khususnya Malaysia sebagai hab menaiki kapal untuk pengembara pelayaran ke Asia dan rantau Asia Tenggara.”