11 September 2022, 14:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – “Keramahan masyarakat setempat di Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis amat mengujakan.”

Demikian dikongsikan oleh Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Daerah Segamat, Johor, atau lebih dikenali umum sebagai “Woman Instituition” (W.I), Datin Hajjah Latifah Aluwi, ketika mengetuai rombongan sebanyak 23 orang ahlinya ke sekitar kampung transformasi pada 11 September 2022. Kampung transformasi tersebut diilhamkan okeh Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulis (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, serta anakanda sulung baginda, Yang Amat Mulia (YAM) Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail. Projek ini juga merupakan inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama pelbagai agensi, pihak swasta, individu, serta masyarakat setempat.

Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Daerah Segamat, Johor dan Negeri Perlis mengadakan lawatan ke Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Tambah istimewa ialah kemuncak kunjungan mereka dengan keberangkatan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil untuk bersama-sama dalam lawatan ke projek tersebut.

Keberangkatan tiba DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah yang amat mesra dan rapat dihati warga kampung berkenaan disambut oleh Pengerusi W.I. Negeri Perlis merangkap Naib Pengerusi W.I. Kebangsaan, Tengku Dato’ Shireen Tengku Suleiman dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Keurusetiaan MAIPs., Puan Halina Abd Wahid.

Menurut Latifah, hubungan silatulrahim antara ahli W.I Daerah Segamat dengan Negeri Perlis bertambah erat hasil lawatan ke Perlis ini. Program pada petang tersebut berakhir dengan persembahan kebudayaan tradisional negeri Perlis, seperti tarian canggung, dan tarian zapin dari Johor.

Pada kesempatan ini, Tuanku Raja Puan Muda memuji masyarakat setempat yang bersatu hati dan usaha pihak lain yang sentiasa membantu dalam menjayakan projek ini. Baginda mengajak semua untuk bersama-sama memastikan tahap kebersihan terus dipertingkatkan demi keselesaan semua.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.