Oleh Izzat Isa
6 Jun 2023, 11:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Langkawi – Pada 21 hingga 29 Mei 2023 yang lalu, berlangsungnya HIMPUN 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bermula dari pukul 9 pagi hingga 9 malam. HIMPUN 2023 merupakan pameran dan jualan produk Industri Kecil Sederhana (IKS) tempatan berasaskan fesyen, kraf, kecantikan dan makanan. Acara ini merupakan platform runcit inisiatif anjuran oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC).

Demonstrasi dan pameran seni visual oleh Persatuan Artis Seni Visual Langkawi (LAVAA).

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung, antaranya termasuklah sudut sukan rakyat, mencuba makanan, demonstrasi dan pameran seni visual, demonstrasi menganyam tikar mengkuang, persembahan muzik instrumental, ukiran kayu, demonstrasi penghasilan kraf, demonstrasi fesyen, persembahan tarian tradisional, kuiz dan mencanting batik.

Seniman sedang menghasilkan ukiran kayu. 

Antara peserta jualan dan pameran ini termasuklah Earth Heir, Fuse Kuala Lumpur, JALLA, Eartheories, Sense of Malaysia, AASYQN, Woodworks, Empayar Kaki Lima, The Wander Lust Hijab, Mi, Broad Hub, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Unique Souvenir, Binshahidan, Borneo Gemstones, LEO Snack & Nuts, Ina Souvenirs, Batek Lenggong, Wira Wahyu Enterprise, Mahsuri Gold dan Persatuan Artis Seni Visual Langkawi (LAVAA).

Acara ini mendapat sambutan memberangsangkan berikutan turut berlangsungnya acara Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 2023) di lokasi berhampiran, iaitu Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri. Sebelum ini, HIMPUN pernah diadakan pada tahun 2019, namun terhenti kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.