Oleh Izzat Isa
6 Jun 2023, 13:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 Langkawi – Pada 25 hingga 27 Mei 2023 yang lalu, telah berlangsung hari terbuka Langkawi International Marble Art Camp (LAIN MACAM 2023) di DiKaki Tower House Gunung Raya, Langkawi. LAIN MACAM 2023 dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Kunjungan tetamu kehormat ke Taman Arca Batu Pualam di DiKaki Tower House Gunung Raya, Langkawi.

Acara ini membuka peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan pembuatan arca batu pualam berjudul Lambis-lambis yang dihasilkan oleh Abdul Hamid Muhamad, Mohd Zahir Ismail, Mohd Alief Syukri Sakaran dan Siti Sahar Abouzainedin; arca Pakis Mendakap dihasilkan oleh Tajalli Abdullah, Nadzri Abdullah, Mohd Iskandar Mustafa dan Syahril Azwan Salleh serta arca Jalinan Rusuk oleh Muhamad Fatihad Fabillah, Suzuan Suhaimi, Mohd Syafiq Hassan dan Amirul Hafiz Mat Aziz. Uniknya, acara pada kali ini memaparkan penghasilan arca daripada batu pualam bersaiz besar, iaitu bersaiz 7 x 6 x 5 kaki.

Artis sedang mengukir arca menggunakan batu pualam.

Pelbagai acara pelengkap dilaksanakan, seperti bengkel (bengkel seni cyanotype oleh Balqis Mohd Tajali, bengkela seni mencanting batik oleh Razlan Mawart dan bengkel seni menghasilkan pesawat kertas oleh Edroger), permainan (hidden paper plane game), pertandingan bakat lukis pesona Langkawi anjuran bersama Balai Seni Negara Langkawi dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, pameran seni (pameran mini 555), bazar seni (disertai oleh Mawart, Natty Thriftshop, Rumah Bahang, The Pallets Store, SB Skate Shop, Hooligan Camp, Dreadfactori, Kolma, Kebun Burung Mandi, Koffeemillia, Ilham Ceramic, Ell Sorenson, Liquid Lab, Gelateria, Chetak Tiga, Dayang Lilin, Jogjaexpress, Batik Addicts, Level Lain, Driftwood Langkawi, Lis Cakery & Coffee, Jeans.Co, Langkawi Brewery, Yan Jah, Thrift Store Japan) dan jualan buku oleh Balbuk Haus, Kedai Hitam Putih dan penerbitan SVARA.

Sepanjang tiga hari berlangsungnya hari terbuka, turut diadakan sesi dialog, deklamasi puisi dan persembahan pentas. Antara yang turut serta mengisinya ialah Irshad Mobarak, Ahmad Mazlan Othman, Caravan of Praise, Petak Daud, Laskar Seni, Jasper, Park Lah, DJ Irie, Shaheth, Buddha Beat, Darren Ashley, Zulhezan dan Hafiz Hamzah, Langkawi Dub Club, Warnabumi, Amin Eusof, Nada Rasa, Zaidi Musa, SJ Ajiem, Hadi Ismael, No Good, DJ Biscuit, Late Night Frequency, Balok People, Masia One, Viona, Munirih, Moi Last Von, Kelam Bunyi, Concious Island Sound, Lamh.Co, DJ Alakazam dan Hafiz Jelir. Tidak ketinggalan ialah sesi tayangan wayang pacak oleh U-Wei Haji Saari.

Persembahan muzik oleh kumpulan Laskar Seni.

LAIN MACAM 2023 dianjurkan bersempena dengan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 2023) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Balai Seni Negara, Balai Seni Negara Langkawi bersama rakan penaja Bina Darulaman Berhad dan rakan kerjasama iaitu Tentuhala Collective, DiKaki Tower House dan Balbuk Haus. LAIN MACAM 2023 merupakan penjenamaan semula International Marble Art Camp (IMAC) dan penganjuran kali ini merupakan edisi keempat sejak mula dianjurkan pada tahun 2019.

Turut hadir pada hari terbuka ini ialah Encik Amerrudin Ahmad, Pengarah Balai Seni Negara, YBrs. Dr. Azmil Munif Mohd Bukhari, Pengurus (Bahagian Pelancongan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tuan Haji Sazilan Md Is, wakil penaja Bina Darulaman Berhad (BDB), dan Encik Muhammad Hazrin Abdul Malek @ Moktar, Pengarah Balai Seni Negara Langkawi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.