10 Jun 2023, 10:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Pemangku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa adat warisan masyarakat Melayu perlu dipelihara selagi adat tersebut selari dengan hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh syarak.

Adat warisan yang merupakan khazanah turun-temurun seharusnya tidak bertentangan dengan pegangan teguh Ahli Sunah Waljamaah agar terus lestari ke generasi seterusnya.

Walaupun terdapat pepatah Melayu yang menyatakan “biar mati anak jangan mati adat”, namun syariat yang merupakan undang-undang atau perlembagaan hidup masyarakat Melayu khasnya masyarakat Melayu Perlis perlu diberikan keutamaan kerana kedudukannya mengatasi adat resam yang telah diamalkan.

Demikian titah baginda ketika berangkat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis sidang pertama bagi tahun 2023 yang berlangsung di Wisma MAIPs, Pengkalan Asam, Kangar, Perlis.

Titah baginda lagi, Islam membenarkan adat resam dalam masyarakat Melayu Perlis dan boleh diangkat menjadi hukum yang diguna pakai di sisi syariat sekiranya menepati syarat sesuatu uruf sebagaimana yang telah dibincangkan oleh ulama usul fiqah.

Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis sidang pertama bagi tahun 2023 di Wisma MAIPs, Pengkalan Asam, Kangar, Perlis dipengerusikan oleh Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.