10 September 2023, 15:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Baru-baru ini, para penilai Sesi Penilaian Aspiring Perlis Geopark ke Arah Penarafan Kebangsaan telah menyertai Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan ke-53 untuk tahun 2023.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk meninjau sekitar Projek DiRaja Transformasi Kampung Warna-Warni Perkampungan Warisan Nelayan Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Delegasi tersebut telah diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark, iaitu Profesor Dr. Che Aziz Ali. Turut sama ialah dua orang penilai dan dua orang pemerhati yang mengiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mengilhamkan inisiatif murni tersebut bersama-sama anakanda sulung baginda, Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Sebanyak lapan lokasi menarik di sekitar kampung tersebut telah terlibat dalam sesi penilaian. Antaranya termasuklah Laman Bunga Kertas, Rumah Laman Perlis, Laman Laksa, Jambatan Tuanku Syed Putra, Lorong Asnaf, Pengkalan Tangga Batu, Rumah Penghulu Omar dan Laman Bunga Raya.

Para penilai telah berpeluang merasa pelbagai juadah warisan setempat seperti laksa Kuala Perlis, dodol, halwa muscat, karipap, putu mayang, air sirap dan kopi panas serta dihiburkan dengan persembahan silat serta tarian canggung.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Aishah Mohamed.

Bersempena dengan program rutin baginda, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Aishah Mohamed (88 tahun) yang tinggal di Kampung Ujong Tanjong.

Aishah telah menerima bantuan dari segi wang tunai sebanyak RM700 dan “Kit MAIPs Peduli” yang berupa bahan makanan mentah dan beras fidyah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.