Oleh Abd Razak Osman
29 Februari 2024, 16:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sik – Buat julung-julung kalinya, Jabatan Pertanian Daerah Sik menganjurkan Festival Kopi Peringkat Daerah Sik 2024 di Pusat Latihan Pertanian Charuk Padang, Sik, Kedah.

Pegawai Daerah Sik, Mahamad Suhaimi Man ketika merasmikan karnival itu berkata, jika usaha tanaman kopi diperluaskan, daerah Sik bakal menjadi lokasi tarikan pelancong.

Ketika ini, Kedah memiliki 50.46 hektar tanaman kopi, termasuk di daerah Baling, Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang dan Sik.

“Penanam kopi liberica dan robusta bakal mendapat harga lebih tinggi sekiranya terus diberikan bimbingan dan tunjuk ajar oleh agensi-agensi kerajaan daerah Sik,” tambah Mahamad Suhaimi Man.

Menurutnya, daerah Sik juga akan menjadi pengeluar kopi yang dikenali ramai seperti di Cameron Highlands, Pahang setelah industri tersebut dikendalikan dengan konsep yang betul.

“Petani perlu ubah nasib sendiri dan perlu berfikir untuk terus maju ke hadapan selain daripada aktiviti di kampung seperti tanaman kelapa sawit dan getah untuk menoreh.”

Sementara itu, Pegawai Pertanian Daerah Sik, Nur Zawani Md. Isa berkata, pihaknya turut mengadakan kuiz kopi, kursus agronomi tanaman kopi, kursus hasilan kopi kek tapak kuda tiramisu, jualan vendor kopi dan Pertandingan Kopi Tarik 1 Minit bersempena dengan festival tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.