2 April 2024, 16:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pagoh – “Majlis berbuka puasa ini telah diadakan sejak beberapa tahun lalu bagi meraikan pelajar dan kakitangan yang beragama Islam.” jelas guru besar SJK(T) Ladang Lanadron (STLL), Panchor, Muar, Tuan Selvam Ramasamy dalam Majlis Iftar STLL Gembira pada Ahad lepas.

Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Unit Hal Ehwal Murid Daerah Muar, Encik Sham Long menyatakan bahawa beliau sangat bangga dengan penganjuran program tersebut dan berharap agar akan diadakan lagi pada masa depan.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga SJK(T) Ladang Lanadron kerana berjaya menganjurkan program iftar seperti ini pada setiap tahun,” ujar Encik Sham Long.

Tambahnya lagi, program tersebut bukan hanya dianjurkan oleh warga STLL, malah sebelum ini beliau pernah menghadiri majlis berbuka puasa di sekolah Cina dan Tamil yang lain di sekitar Muar.

Tetamu kehormat yang hadir dalam Majlis Iftar STLL Gembira.

Majlis yang dianjurkan boleh memupuk kesedaran bahawa masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama perlu saling menghormati demi keamanan dan keharmonian negara.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah KPL Muhammad Yusri Yusuf, Pegawai Perhubungan Awam dari Balai Polis Pagoh dan empat orang mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Pagoh.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.