24 April 2024, 12:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Padang Rengas – Bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April pada setiap tahun, Perpustakaan Awam Cawangan Padang Rengas telah menganjurkan Program Jom Membaca Bersama 10 Minit 2024 dengan tema pembacaan melestarikan perpaduan.

Aktiviti ujian minda dan kemahiran komunikasi turut diadakan yang melibatkan peserta program.

Perpustakaan Awam Cawangan Padang Rengas berjaya menghimpunkan sebanyak 52 orang pelajar mewakili SMK Tun Perak, Maahad Tahfiz Addin, Padang Rengas dan MRSM Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar bersama-sama guru pengiring dan ahli perpustakaan serta wakil Masjid Al Hadhari yang memenuhi ruang utama perpustakaan.

Sebelum sesi membaca dimulakan, pihak penganjur menyediakan pelbagai aktiviti seperti kuiz dan ujian minda yang menarik serta sesi ulasan buku. Para peserta kelihatan teruja ketika berada di perpustakaan dan turut meluangkan masa untuk melihat pelbagai bahan bacaan seperti majalah, buku terbaharu dan sudut biblioterapi (terapi melalui buku). Peserta yang hadir juga menerima buku yang telah dihadiahkan oleh rakan penaja.

Penganjur bersama-sama guru pengiring dan wakil komuniti.

Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan inisiatif pihak kerajaan untuk menyuburkan budaya dan minat membaca dalam kalangan masyarakat dengan sokongan semua perpustakaan di Malaysia, pihak komuniti serta badan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, tinjauan mendapati bahawa pelbagai pihak turut bersama-sama menyemarakkan kempen tersebut di seluruh negara seperti Program Jom Baca Bersama 10 Minit @ Bernama: Pembacaan Melestarikan Perpaduan di Wisma Bernama yang diadakan dengan kerjasama Kedutaan Sweden di Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.