31 Mei 2024, 16:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jurufoto: Mohd Farid Janudin

 

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Encorp Berhad (ENCORP) telah melancarkan sudut bacaan bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK).

Sudut bacaan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah DBP YBrs. Dr. Hazami Jahari dan Pengerusi Encorp Berhad, Encik Yusmadi Yusoff. DBP telah menyumbangkan lebih 30 judul bahan bacaan terbitannya seperti buku umum, buku bahasa, buku kanak-kanak, siri hikayat dan majalah.

Sesi bicara Memoir Seorang Guru bersempena dengan tayangan filem Memoir Seorang Guru.

Pada majlis tersebut juga DBP telah bekerjasama dengan Syarikat Kalam Ariff Holdings Sdn. Bhd. menganjurkan bicara Memoir Seorang Guru bersempena dengan tayangan filem Memoir Seorang Guru yang diadaptasi daripada novel Memoir Seorang Guru karya Allahyarham Azizi Haji Abdullah yang merupakan penerima S.E.A Write Award 1988.

Persembahan puisi oleh Yang Mulia Raja Ahmad Aminollah Raja Abdullah.

Sesi bicara dimudahcarakan oleh Perancang Bahasa, Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Encik Mohd Hafizi Ahmad dan ahli panel terdiri daripada Pengarah Urusan Kumpulan Kalam Ariff Holdings Sdn. Bhd., YBhg. Datuk Arifful Ahmadi Ab Rahman, Encik Nazli Jaafar selaku penulis skrip dan Encik Hairul Hamzah selaku pengarah filem Memoir Seorang Guru. Penonton kemudian dihiburkan dengan persembahan puisi oleh Yang Mulia Raja Ahmad Aminollah Raja Abdullah (Pak Engku).

Ketua Pengarah DBP YBrs. Dr. Hazami Jahari (dua dari kiri) bersama-sama tetamu kehormat yang lain ketika tayangan filem Memoir Seorang Guru di Strand Mall, Kota Damansara.

Sementara itu, tayangan filem Memoir Seorang Guru pula diadakan di Strand Mall, Kota Damansara pada malam tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.