Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan terus menyokong teras Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memberikan penekanan kepada aspek karamah insaniah, iaitu dengan memberikan penekanan kepada pembentukan karakter, adab, akhlak, disiplin dan integriti pelajar melalui pelbagai program yang dianjurkannya.
Demikian ucap Ketua Pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami Jahari ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan 2024 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP pada pagi tadi.

Penganjuran Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan 2024 menurut YBrs. Dr. Hazami Jahari, adalah amat penting dalam usaha DBP untuk menjadi “pelaku utama” dan tonggak yang sentiasa menyokong dan menyantuni pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia dalam usaha pemerkasaan bahasa kebangsaan.
Tambah beliau, “Penganjuran program seperti ini merupakan satu daripada usaha berterusan DBP sebagai tunjang pemerkasaan bahasa dan sastera kebangsaan kepada pelbagai lapisan masyarakat.”
“DBP bersedia untuk menjadi gelanggang atau medan dengan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menganjurkan kegiatan atau pertandingan yang dapat mencungkil serta membina bakat berkaitan bahasa dan sastera dalam kalangan pelajar khususnya murid orang asli dan peribumi di seluruh negara,” ujar beliau lagi.

Selain itu, YBrs. Dr. Hazami Jahari menyatakan bahawa penganjuran program tersebut amat penting bagi mewujudkan rasa megah bahasa akan bahasa Melayu selain membentuk keyakinan diri pelajar yang menyertainya.
YBrs. Dr. Hazami Jahari juga menyatakan kesediaan DBP untuk bertindak sebagai tuan rumah tetap bagi Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan untuk tahun-tahun mendatang.
Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau sempat menitipkan nasihat kepada semua pelajar yang terlibat. Kata beliau, “Tiada apa-apa yang dapat mengubah nasib dan hidup kita selain ilmu dan pengetahuan yang diberikan oleh guru di sekolah.”
Oleh hal yang demikian para pelajar ujar beliau, hendaklah belajar bersungguh-sungguh untuk lebih berjaya dalam bidang akademik dan hidup pada masa hadapan.
Penganjuran karnival ini adalah atas usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum (BKPK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak yang berlangsung selama dua hari, iaitu dari 21 Ogos 2024 hingga 22 Ogos 2024 di Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Melalui penganjuran karnival ini, 11 acara dipertandingkan termasuklah pertandingan bercerita, pertandingan robotik, “Young Innovators Challenge”, pertandingan penyampaian berita, tarian tradisional, syair serta nyanyian duet dan solo.
Pasukan dari negeri Kelantan unggul apabila muncul sebagai juara keseluruhan Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan 2024.
Yang berikut ialah keputusan 11 pertandingan yang dipertandingkan dalam Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan 2024:
PEMENANG KESELURUHAN
| KEDUDUKAN | NEGERI |
| JOHAN KESELURUHAN | KELANTAN |
ACARA: TARIAN TRADISIONAL
| KEDUDUKAN | NAMA PASUKAN | NEGERI |
| JOHAN | SELANGOR | SELANGOR |
| NAIB JOHAN | KELANTAN | KELANTAN |
| KETIGA | PERAK | PERAK |
ACARA: KAJIAN TINDAKAN GURU
| KEDUDUKAN | NAMA PESERTA | NEGERI |
| JOHAN | MASTRA IRFA A/P NASRUN | JOHOR |
| NAIB JOHAN | MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY | PERAK |
| KETIGA | NURUL SYAFIQAH BINTI ZAMRY | SABAH |
| KEEMPAT | ANGELIA ANAK PANGGAI | SARAWAK |
| KELIMA | ROSZAILIEEFALWAS A/K RUSLY | TERENGGANU |
ACARA: BERCERITA BAHASA MELAYU
| KEDUDUKAN | NAMA PESERTA | NEGERI |
| JOHAN | SITI WAIDAH BINTI ABDULLAH | SABAH |
| NAIB JOHAN | NAWAL HUSNA BINTI NAZRUN | JOHOR |
| KETIGA | PUTERI AMIRAH ABU BAKAR | PAHANG |
ACARA: BERCERITA BAHASA INGGERIS
| KEDUDUKAN | NAMA PESERTA | NEGERI |
| JOHAN | FABIANA A/P ZOPIANE | KELANTAN |
| NAIB JOHAN | NAZATUL HAINA BINTI NAZRUN | JOHOR |
| KETIGA | LEONEL LEIMENG | SABAH |
ACARA: PEMBACAAN BERITA BAHASA MELAYU
| KEDUDUKAN | NAMA PESERTA | NEGERI |
| JOHAN | KAMALISA BINTI KIMTAI | PAHANG |
| NAIB JOHAN | NURUL FAZRINNA BINTI ABDULLAH | NEGERI SEMBILAN |
| KETIGA | NURUL ALEEYA SOFFIYAH BINTI AZZELI | SELANGOR |
ACARA: PEMBACAAN BERITA BAHASA INGGERIS
| KEDUDUKAN | NAMA PESERTA | NEGERI |
| JOHAN | NUR MUHAMMAD ALKHAWARIZMI BIN ROSMI | KELANTAN |
| NAIB JOHAN | MIA ADELIA | SELANGOR |
| KETIGA | NUR ALIYA FATHIAH BINTI ABDULLAH | PERAK |
ACARA: SYAIR
| KEDUDUKAN | NAMA PESERTA | NEGERI |
| JOHAN | DARENCE AJENG ANTHONY | SARAWAK |
| NAIB JOHAN | AZMEER BIN RAHIMI | PERAK |
| KETIGA | AHMAD HARIANTO BIN ABDULLAH | SABAH |
ACARA: ROBOTIK
| KEDUDUKAN | NAMA PASUKAN | NEGERI |
| JOHAN | FIZREY ROVINCE A/L RONACHAI | PAHANG |
| HAFIEZIE A/L AZWANIZIZI | ||
| MATTHEW JAMBAI A/L KARONG | ||
| NAIB JOHAN | ROMZI BIN ANJANG | KELANTAN |
| SITI SOLEHA A/P MASRI | ||
| MEKRENIK A/P RABU | ||
| KETIGA | AIDIL ALFIAN BIN ABDULLAH | SABAH |
| MOHAMAD AMIR BIN LAIN | ||
| JUHARIN BIN ABDULLAH |
ACARA: YOUNG INNOVATORS CHALLENGE
| KEDUDUKAN | NAMA PASUKAN | NEGERI |
| JOHAN | FAZLIZA A/P AHMAD NORDIN | JOHOR |
| NURANNTASYA AMIRA A/P ZAMRI | ||
| NAIB JOHAN | LIASAMRIANA A/P SAMSURI | KELANTAN |
| FIE HEZZY AILYN ERLYZZA A/P AZUANDY | ||
| KETIGA | INDRA PUTRA ANAK ROSI | PERAK |
| NOR SAKIANI BINTI ABU BAKAR |
ACARA: NYANYIAN SOLO
| KEDUDUKAN | NAMA PESERTA | NEGERI |
| JOHAN | JESSICA RIGIN | SABAH |
| NAIB JOHAN | QOLLENZIA ALLERIA URING ANAK BONEY PANAU | SARAWAK |
| KETIGA | SITI NORBALQISHA BINTI HANAFIAH | JOHOR |
ACARA: NYANYIAN DUET
| KEDUDUKAN | NAMA PESERTA | NEGERI |
| JOHAN | AUSTINE FERNANDES SIGO | SARAWAK |
| ADELIYA JULIS | ||
| NAIB JOHAN | MUHAMMAD KHAIRUL IQRAM BIN JOHARI | PERAK |
| NOR AIN DERISA BINTI ASOT | ||
| KETIGA | IQRAM SHAHIZAD NAIQUDIN A/L IMRAN | PAHANG |
| ZULFASZRI A/L AHAD |