Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Program Keretapi Sarong anjuran syarikat Locco Event Management dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diadakan bersempena dengan Hari Malaysia disambut meriah.
Bertemakan “Bangga Malaysia”, program yang bersifat aksi rasa kilas (flashmob) itu diadakan di beberapa buah stesen transit aliran ringan (LRT) dan transit laju massa (MRT) yang terpilih dan di lokasi rahsia yang telah ditetapkan.
Program yang menjadi acara tahunan sejak tahun 2017 ini menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan budaya dengan menggayakan pakaian tradisional.
Sepanjang program tersebut berlangsung, DBP berpeluang menganjurkan beberapa program bahasa dan sastera di LRT KL Sentral dan Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di Jalan Ampang, misalnya program eja Jawi, persembahan lagu pantun dan lagu rakyat bagi menyokong pembudayaan tulisan Jawi dan menanamkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat di negara ini.
Turut hadir dalam program berkenaan ialah Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP, Puan Roziah Md Yunus.