17 September 2024, 09:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar – Orang ramai terutama pengunjung di Pesta Buku Kedah 2024 yang akan diadakan di Village Mall, Sungai Petani, Kedah pada 23 hingga 29 September 2024 yang membuat pembelian buku sebanyak RM50 dan ke atas, layak menerima cabutan bertuah.

Pesta Buku Kedah 2024 yang diadakan itu dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaam Awam Negeri Kedah (PPANK) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bertemakan “Melestarikan Budaya Membaca” yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari..

Nenurut Pengarah PPANK, Encik Shahizan Affandi Zakaria, cabutan bertuah yang berupa hadiah motosikal serta barangan elektrik seperti  mesin basuh, televisyen. periuk nasi  dan banyak lagi menanti setiap pengunjung yang bertuah pada Pesta Buku Kedah 2024.

Tujuan utama Pesta Buku Kedah 2024 diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan di Daerah Kuala Muda seperti Tanjung Dawai, Pantai Merdeka dan Chalet Terapung di Segantang Garam, Merbok.

Selain daripada itu, ianya juga dapat menarik minat orang ramai berkunjung ke Pesta Buku Kedah 2024 dan mendapatkan buku-buku pilihan mereka pada harga yang berpatutan.

Pesta Buku Kedah 2024 yang dianjurkan oleh PPANK dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah itu juga diisi dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti ceramah agama, persembahan bakat si cilik, persembahan dendang nyanyian rakyat, pertandingan permainan  tradisional dan banyak lagi.

Majlis perasmian Pesta Buku Kedah 2024 itu akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor pada 26 September 2024, jam 10.30 pagi.

Orang ramai juga boleh mengadakan sesi temu mesra dengan Menteri Besar Kedah mengenai buku perjalanan hidup Dinding Sekeping, Adik Seorang”.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.