26 November 2024, 09:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil semalam mengumumkan dua inisiatif penting dalam menyokong perkembangan industri muzik sebagai subsektor baharu yang berpotensi menjanakan pertumbuhan ekonomi negara, iaitu Kajian Pembangunan Industri Muzik Malaysia (KPIMM) dan penubuhan Jawatankuasa Pro Tem Industri Muzik (JK-PTIM). 

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil.

KPIMM bertujuan untuk mengkaji isu, cabaran dan pembangunan ekosistem industri muzik dengan lebih komprehensif serta cadangan pelan tindakan yang bersesuaian dalam memperkasakan industri ini merangkumi analisis rantaian nilai, kerangka tadbir urus dan kawal selia, penetapan dasar dan akta, serta penandaarasan kaedah dan amalan tadbir urus terbaik pada peringkat serantau mahupun global. 

Terdahulu, Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021 bersetuju dengan penubuhan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM), tertakluk kepada satu kajian terperinci mengenai model perniagaan, tadbir urus, perjawatan dan undang-undang khusus yang akan dilaksanakan oleh konsultan berkecuali. 

Kajian ini turut disokong oleh 20 anggota JK-PTIM berpengalaman yang dilantik secara sukarela, berperanan sebagai perantara pemain industri dengan pasukan kajian. JK-PTIM juga bertanggungjawab memberikan input yang bersesuaian dengan skop kajian serta mengemukakan cadangan penyelesaian dan penambahbaikan untuk membangunkan industri muzik di Malaysia. 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Mohamad Fauzi Md Isa. 

Kredit Foto: Media Kementerian Komunikasi
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.