Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangShah Alam – Kemunculan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna dalam Konsert Jiwa: Epilog 2024, pastinya antara yang ditunggu-tunggu oleh para peminat.
Yuna akan muncul dan mempersembahkan lagu-lagu kegemaran ramai, lantas menjadikan persembahan tersebut penuh dengan keterujaan.
Konsert yang dijangka berlangsung selama tiga jam mendapat sambutan hangat dari segi jualan, apabila telah terjual sebanyak 80 peratus sejak dibuka pada 25 September 2024, lepas.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MND Sports & Event, Harith Daniel, pihaknya sangat berterima kasih kepada para peminat, terutama mereka yang setia dengan konsert-konsert anjuran MND Sport & Events.
“Sejak jenama “Jiwa Kacau” hinggalah ke “Jiwa Malaysia”, dan kini “Konsert Jiwa: Epiloq 2024”, kami sentiasa mendapat sambutan, malah komentar yang baik, untuk penambahbaikan konsert-konsert yang kami adakan.”
Oleh hal demikian, tambah beliau, MND Sports & Event muncul dengan Konsert Jiwa: Epilog 2024 yang memberikan gabungan persembahan penyanyi, dan kumpulan yang dirasakan mempunyai himpunan lagu penuh berjiwa dan menyentuh perasaan para peminat.
Terdahulu, Konsert Jiwa: Epilog 24 dijadualkan akan berlangsung pada 7 dan 8 Disember nanti di Stadium Malawati Shah Alam.
Konsert ini akan menampilkan dua orang penyanyi solo dan dua buah kumpulan, yang mempunyai deretan lagu mereka yang membekas serta dekat di hati para peminat.
Konsert Jiwa: Epilog 2024”yang bermula pukul 8 malam, akan dijayakan oleh penyanyi dari Indonesia, Fabio Asher yang terkenal dengan lagu Rumah Singgah, bersama-sama kumpulan Spider, dan 6ixth Sense.
Tiket-tiket dijual pada harga RM148 (berdiri), serta RM148 CAT 1, RM118 CAT 2, RM88 CAT 3, dan RM188 VIP (kesemuanya duduk bebas).