8 Disember 2024, 20:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Seramai 24 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Bandar Universiti Pagoh yang diketuai oleh Aris Amirul Kadarisman dan dua orang pensyarah, iaitu Prof. Madya Dr. Mazni Saad dan Dr. Rafidah Sahar telah mengadakan lawatan ke Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, baru-baru ini.

Lawatan yang dijalankan ini bertujuan untuk mengumpul data pelancongan dan hal tersebut telah mendapat kerjasama yang baik oleh pihak masjid serta Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh 7 orang pelajar dan Encik Suryady Ab Jalil sebagai guru pembimbing.

Menurut Ketua Eksekutif Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, iatiu Ustaz Mohd Hariz Jamil bahawa masjid ini menerima 150 000 pelancong setiap tahun.

“Masjid ini dibina sejak tahun 1908 dan pelbagai program berilmu kami sajikan, seperti kelas tadabbur dari Iqra’ hingga al-Quran dalam pelbagai peringkat umur.” Jelas Ustaz Mohd Haris Jamil sewaktu membawa melawat sekitar masjid.

Katanya lagi, mereka juga mengalami beberapa kekangan dalam mengendalikan kelas tadabbur, yakni dari segi keselesaan para pelajar kerana tidak mempunyai penyaman udara dan meja kerusi yang mencukupi.

Setakat ini, hanya terdapat 100 set sahaja meja dan kerusi untuk kegunaan kelas tadabbur.

Masjid ini turut dibantu oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Warisan Negara, River of Life, dan MAIWP.

Menurutnya lagi River of Life sedang dalam perancangan untuk menambah baik beberapa kawasan seperti di kolam air pancut yang terdapat di sekitar masjid. Penambahbaikan ini mungkin akan direalisasikan bermula tahun 2025-2026.

Selain itu, Smart Reader Kids juga dalam perancangan  untuk menambah infrastruktur di sudut permainan kanak-kanak yang diletakkan di hadapan kawasan utama tempat solat.

Terdahulu, kumpulan mahasiswa dari UIAM Kampus Bandar Universiti Pagoh telah dibahagikan kepada tiga sektor untuk membuat tinjauan berkaitan pelancong di masjid tersebut.

Mereka juga berkongsi pandangan menganjurkan program yang bermanfaat untuk dijalankan pada tahun 2025. Setiap sektor “Komuniti Kapasiti”, “Pendidikan” dan “Perkhidmatan Sosial” mempunyai lapan orang ahli dan masing-masing mempunyai peranannya untuk bertindak.

Antara ketiga-tiga sektor tersebut, sektor Perkhidmatan Sosial mencadangkan untuk menjalankan satu aktiviti kebersihan dan penambahbaikan keindahan masjid yang melibatkan orang awam secara sukarela dan pelajar sekolah Bimbingan Jalinan Kasih berhampiran Masjid Jamek.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.