Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKajang – Program Pasar Buku Bangi yang diadakan oleh Perbadanan Pertubuhan Kota Buku Bangi pada 22- 23 Februari 2025 di Kompleks Hentian Kajang berjaya menemukan penulis dan pencinta ilmu melalui pelbagai aktiviti menarik yang diadakan.
Program anjuran Perbadanan Pertubuhan Kota Buku Bangi ini merupakan program bulanan Hentian Buku Selangor yang akan diadakan sebanyak empat kali setahun.
Antara aktiviti yang diadakan termasuklah forum, sembang buku, deklamasi puisi, bicara buku dan santai bersama penerbit.
Sesi bicara buku yang bertajuk Pari-Pari Suria disampaikan oleh Puan Nadhirah Ghani dan disusuli dengan buku bertajuk The Art of Loving oleh Erich Fromm yang disampaikan oleh Muhammad Shuib Rosli,
Acara diteruskan dengan sesi bual buku yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Saiful Akram Che Bob yang bertajuk Musyawarah Burung(karya asal: Mantiqut-Tayr oleh Fariduddin Attar); sembang komik yang disampaikan oleh pelukis komik, Encik Jusoh Turbo dan Wukong; dan “Panduan Drop Name Tokoh Time Borak dengan Member yang Cegampang” yang disampaikan oleh Encik Zikrul Safwan.

Program ini diadakan bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pengunjung untuk mendapatkan buku idaman mereka sekali gus menggalakkan peniaga buku untuk menjual buku mereka secara langsung.
Sebagai rekod, Hentian Buku Selangor telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Malaysia, Tuan Syahredzan Johan pada 21 Disember 2024 sebagai tanda era baharu pada pencinta buku di negara ini.