Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur- Seoul Garden Group, sebuah restoran Korea Halal terkemuka di Malaysia yang mencapai lebih 40 tahun kepakaran dalam penyediaan Asian Korean Grill dan makanan panas (hot pot), baru-baru ini melancarkan Menu Eksklusif Ramadan-Raya yang bakal diperkenalkan pada awal Ramadan nanti.
Ketua Pegawai Eksekutif Seoul Garden Group, Encik Adrew Lee dalam suatu kenyataan berkata, Seoul Garden menjadi destinasi utama keluarga dan rakan-rakan berkumpul menikmati hidangan berkualiti sambil mencipta kenangan indah.
Menurutnya, Seoul Garden terus memperkaya pengalaman Asian Korean Grill dan makanan panas dengan memperkenalkan pengalaman makan eksklusif untuk meraikan semangat kebersamaan dan menunjukkan penghargaan terhadap para pelanggan setia.
Seoul Garden yang menjadi restoran kegemaran di Malaysia, terkenal dengan pengalaman makan yang berbaloi untuk wang dengan tawaran pelbagai bufet gril dan makanan panas menawarkan pilihan makanan yang lengkap dengan 11 kategori produk, termasuklah daging, makanan laut, surimi, sayur-sayuran, sos dan perasa, pencuci mulut, buah-buahan dan pelbagai pilihan sampingan.
Menurut Encik Adrew Lee, Seoul Garden Group dihadiri oleh generasi milenial hingga Gen Z untuk menikmati hidangan yang lazat mengikut cita rasa masing-masing.
“Keupayaan untuk mencipta pengalaman makan yang lebih peribadi menjadikan setiap hidangan lebih menyeronokkan dan memuaskan.
“Pengalaman makan bukan sekadar melibatkan makanan yang sedap, malah merupakan aktiviti yang merapatkan hubungan, mencetuskan perbualan, dan mencipta kenangan yang berkekalan.” katanya.
Pelancaran Menu-Eksekutif Ramadan-Raya dimeriahkan lagi dengan kehadiran personaliti media sosial, Azfar Heri yang membawa tetamu menyusuri perjalanan dalam bidang kulinari dengan hidangan ekslusif makanan Korean.
Pelanggan juga berpeluang menikmati pengalaman memasak sendiri sambal yang dapat mengimbau nostalgia yang telah dibina oleh restoran ini selama bertahun-tahun.

Antara program yang menarik yang diadakan termasuklah mini games, iaitu pengalaman merasai menu baharu Ramadan Bufet, aktiviti bersama-sama personaliti media sosial, Azfar Heri dan tawaran baucar RM60 sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.

Seoul Garden yang diasaskan pada tahun 1983 turut menampilkan 116 pilihan daging perapan, makanan laut segar, sup dan sayur-sayuran kepada pelanggan.