Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang penuh dengan kegembiraan dan keberkatan, seluruh warga JendelaDBP dari Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada rakyat di negara ini dan pembaca JendelaDBP yang meraikannya.
Pada setiap sambutan perayaan di negara ini, warga JendelaDBP sentiasa percaya bahawa perayaan tersebut akan dapat memperkukuh hubungan antara sesama rakyat, tanpa mengira latar belakang etnik, budaya atau agama. Hal yang demikian juga dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Hari Raya Aidilfitri bukan hanya sekadar hari untuk meraikan kemenangan setelah sebulan umat Islam berpuasa, tetapi juga merupakan kesempatan untuk memperbaharu komitmen terhadap nilai kemanusiaan yang luhur, termasuklah nilai kesederhanaan, keikhlasan dan kasih sayang.
Kepada pembaca JendelaDBP yang budiman, bersempena dengan sambutan Aidilfitri, JendelaDBP akan bercuti pada 31 Mac 2025 (Isnin) hingga 1 April 2025 (Selasa) dan akan beroperasi semula pada 2 April 2025 (Rabu).