Oleh Nasrul BK
Diterbitkan pada 20 April 2025, 11:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Gambang – Program Jalinan Budaya Kolej Matrikulasi Pahang yang diadakan  semalam bersempena dengan sambutan Aidilfitri dapat mengeratkan perpaduan antara pelajar berbilang kaum.

Menurut Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, Puan Latiza A Latif, pelaksanaan program jalinan budaya ini dapat mengukuhkan identiti nasional.

“Apabila pelajar daripada pelbagai latar belakang boleh berkongsi kegembiraan dalam satu sambutan, mereka mula melihat diri mereka sebagai rakyat Malaysia yang bersatu.

“Hal ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan rakyat yang mempunyai semangat kenegaraan dan patriotisme yang tinggi,” katanya.

Dalam program tersebut, pelajar digalakkan memakai baju perayaan kaum masing-masing bagi menggambarkan jalinan budaya dalam kalangan pelajar.

Seorang pelajar, Nurul Irdina Batrisyia Kharill Anwar berkata, “Majlis Jamuan Jalinan budaya ini mampu mengeratkan hubungan antara pelajar yang berbilang kaum serta membuka ruang dan peluang untuk mereka mengenali dan mendalami keunikan budaya masing-masing dengan lebih mendalam.”

Melalui program ini, semangat perpaduan dapat dipupuk dalam suasana yang harmoni.

Pelajar juga berpeluang untuk mengenali dan menghargai kepelbagaian budaya di Malaysia melalui aktiviti seperti persembahan, pakaian tradisional dan makanan etnik yang memperkayakan pengalaman bersama.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi