Oleh Izzat Isa
Diterbitkan pada 10 Julai 2025, 10:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Langkawi – Bagi meraikan penubuhan Langkawi Visual Art Association/Persatuan Seni Visual Langkawi (LAVAA) yang ke-15, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Balai Seni Negara dengan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Tourism dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Pameran LAVAA 15 bertempat di Balai Seni Negara Langkawi, di sini.

Selain itu, pameran yang berlangsung dari 1- 31 Julai 2025 ini juga turut mendapat kerjasama daripada Lim Optometry dan Che’Pa Village Langkawi.

Sesi perasmian dan pemberian cenderamata kepada Pegawai Daerah Langkawi, Encik Mohamad Subhi Abdullah.

Antara karya seni yang dipamerkan termasuklah catan cat minyak, akrilik, cetakan sutera saring, media campuran, lukisan, fotografi, batik dan arca.

Menurut Yang Dipertua LAVAA, Encik Sukardi Hashim, salah satu matlamat utama Pameran LAVAA 15 adalah untuk membuka peluang kepada ahli LAVAA sendiri untuk menonjolkan bakat buat tatapan khalayak seni, di samping menyediakan ruang pasaran bagi menjana ekonomi para penggiat seni visual.

Menurutnya lagi, usaha seperti ini diharap dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan pengkarya muda sebagai pelapis masa hadapan bagi memastikan pembangunan serta kemajuan seni visual akan dapat diteruskan tanpa henti.

Sebahagian dapripada para pengunjung yang mengunjungi Pameran LAVAA 15.

Majlis perasmian pameran telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Langkawi, Encik Mohamad Subhi Abdullah.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan semasa majlis perasmian seperti Bengkel Seni Cat Air yang dikelola oleh Encik Rashid Ramli dan Encik Syahrudin Ishak, demonstrasi melukis oleh artis kanak-kanak dan persembahan silat oleh persilat cilik.

Turut serta dalam Majlis Perasmian ini ialah Timbalan Pengarah (Operasi) Balai Seni Negara, Puan Rohana Mohd Yusof; Yang Dipertua LAVAA, Encik Sukardi Hashim; Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Tuan Haji Zulkifli Abdullah; Pengarah Balai Seni Negara Cawangan Langkawi, Encik Zaslan Zehaa Zainee; Pegawai Tadbir Seksyen Pembangunan Pelancongan dan Promosi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Encik Mohd Tarmizi Mohamad Tajuddin; dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Encik Mohd Ferdaus Osman

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi