Diterbitkan pada 20 September 2025, 20:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Teater Cik Ros atau Allahyarhamah Dr. Rosminah Mohd Tahir mengisahkan tentang kehidupan beliau yang berkecimpung dalam dunia teater dan pendidikan seni dipentaskan malam tadi telah menyentuh hati penonton.

Pementasan teater Cik Ros berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur bermula pada 19 hingga 21 September 2025 ini.

Adegan yang diangkat terus daripada pengalaman sebenar Cik Ros sebagai pengarah, pelakon, penulis skrip dan penggiat seni yang gigih mempertahankan teater Melayu.

Sehubungan dengan itu, Cik Ros memperlihatkan Dr. Rosminah telah memberi inspirasi melalui ketekunan, dedikasi dan usaha untuk memartabatkan seni teater tanah air. Pada masa yang sama, beliau telah membentuk ramai anak seni dan menguatkan komuniti seni melalui kerja-kerja kreatifnya.

Walau bagaimanapun, di dalam usaha memartabatkan seni teater beliau pernah mengejutkan anak didiknya dengan insiden-insiden yang mencabar seperti dibaling kasut, diherdik, dan sebagainya.

Inilah pewatakan dalam teater Nyonya yang dilakonkan oleh Allahyarhamah Dr. Rosminah Mohd Tahir.

Cerita ini dibina daripada peristiwa sebenar yang dialami oleh beliau melalui pelbagai sudut sebagai pengarah, pensyarah, mentor serta sahabat kepada ramai pelakon dan pelajar seni.

Pada masa yang sama, naskhah ini berfungsi sebagai bukti hampir setiap babak berpaksikan peristiwa nyata yang diceritakan oleh rakan-rakan, bekas pelajar dan ahli keluarga. Antara barisan pelakon yang menceritakan kenangan bersama-sama dengan beliau adalah Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar, Dato’ Ziela Jalil, Liza Abdullah, Juhara Ayob, dan Amy Mastura.

Semasa mengarahkan teater Cik Ros yang terkenal dengan personaliti tegas dan garang walau bagaimanapun Cik Ros sebenar bukanlah seperti itu.

Allahyarhamah Dr. Rosminah Mohd Tahir mempuyai enam beradik dan beliau adalah anak keempat. Sifatnya yang permurah, beliau memberi pinjam sebuah motosikal honda yang berplate PAH 4584 kepada salah seorang pelakonnya. Akhirnya Cik Ros menghembuskan nafas terakhir pada 19 Mei 2024 yang turut diceritakan dalam teater itu.

Antara  karya-karya beliau, seperti Lantai T. Pinki yang telah mendapat tempat dalam kalangan penonton sehingga tiket habis dijual pada tahun 1997. Dalam dunia seni persembahan beliau pernah mengarahkan pelbagai teater tersohor antaranya Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Ibu Zain, Nyonya, Di Bawah Lindungan Kaabah, Mak Dara Nyonya, Kopi Pangku & Gaun Baju Melayu, Muzikal Li Po dan Dara & Makcik Bawang.

Teater ini dianjurkan oleh Abada Global Resources (AGR) dan CTRA Production dengan sokongan DBP, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Persatuan Gerakan Anak Seni (GAS) serta Malaysia Gazette.

Teater ini diarahkan oleh Hamzah Tahir dan penerbitnya, Siti Rohayah Attan dijangka akan berterusan sehingga pementasan berakhir pada 21 September.

 

 

 

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi