Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Balai Seni Negara akan melanjutkan tempoh pameran Projek Arkib Chung Chen Sun hingga 29 Disember 2025 bagi memberikan lebih banyak peluang kepada pengunjung untuk mendalami warisan seni dan pendidikan tokoh tersohor ini.
“Pameran Projek Arkib Chung Chen Sun yang sedang berlangsung di Galeri Potret mendapat sambutan luar biasa dengan merekodkan lebih daripada 21,000 orang pengunjung sejak dibuka pada 4 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pameran ini menghimpunkan pelbagai bahan dokumentasi penting termasuklah foto, lakaran, katalog, rakaman wawancara serta koleksi karya seni dakwat Cina, lukisan minyak dan pastel Chung Chen Sun yang jarang dipamerkan kepada umum.
Pameran ini disusun dengan kerangka falsafah Konfusianisme dan memaparkan perjalanan seni beliau dari konteks nasional hingga antarabangsa, selain menyoroti peranan beliau sebagai pengasas Malaysian Institute of Art (MIA) dan sumbangan besar dalam bidang pendidikan seni negara.
Ujarnya, pelanjutan tempoh ini juga selaras dengan hasrat Balai Seni Negara untuk memperkukuh usaha pendokumentasian seni visual Malaysia serta memastikan legasi tokoh seni seperti Chung Chen Sun terus dikenali dan dihargai oleh generasi kini dan akan datang.
Orang ramai dijemput untuk berkunjung dan menghayati pameran ini yang sedang berlangsung hingga 29 Disember 2025 di Galeri Potret, Balai Seni Negara.