Oleh S. Syazan
Diterbitkan pada 21 Oktober 2025, 10:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Ipoh – Persiapan akhir pelakon bersama-sama pengarah sedang giat dijalankan untuk pementasan Teater…Seniman Negara Datuk’ Lat Kampung Boy. Penulis skrip, Saad Omar diberi kepercayaan untuk melakukan adaptasi menvisualkan karya Datuk’ Lat.

Ridhwan Saidi pula sebagai pengarah akan merealisasikan magik menghidupkan watak-watak yang cukup mempersonakan kepada penonton. Pementasan ini merupakan usaha Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Perak bagi mengangkat karya Seniman Negara Datuk’ Lat.

Pengarah, Ridhwan Saidi sedang menjelaskan kepada barisan pelakon cilik yang akan beraksi dalam teater tersebut.

Antara barisan pelakon hebat yang terlibat dalam pementasan tersebut ialah Taiyuddin Bakar, Ilya Senario, Hadi Mikail, Faris Jamhari, Isma Hakimi, Aqeel Uwais, Yeop Nazri, Santy Mala, Sty Mat Desa, Dayyan, Fazly Izwan, Nazir, Tiqah, Danny H, Farah Ann, Yazz, Madi dan ramai lagi.

Pementasan ini akan berlangsung pada 14 sehingga 16 November 2025 di Auditorium JKKN Perak. Harga tiket bagi pelajar, OKU & warga emas hanya RM20 manakala harga tiket bagi orang awam RM25.

Pembelian tiket boleh dibeli pada platform CloudJoi atau hubungi talian 011-54218441 (Tirah) untuk melancarkan urusan pembelian tiket.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi