Diterbitkan pada 6 Disember 2025, 17:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Filem Banduan terbitan Number Twenty One Media mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Filem Antarabangsa Terbaik dalam International Film Festival of Australia (IFFA) 2025 yang berlangsung di Melbourne pada 6 Jun lalu.

Filem Banduan turut memberikan pengiktirafan kepada pelakon veteran tanah air, Datuk Rosyam Nor yang meraih Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pelakon serba boleh negara.

Dalam sidang media tersebut, Penerbit Banduan, Kalyana Devan menyifatkan kemenangan pada pentas antarabangsa sebagai satu penghormatan besar dan bukti komitmen tinggi seluruh tenaga produksi.

“Selepas kemenangan ini, industri filem Malaysia akan terus relevan dan berkembang maju dalam meneroka dan menginovasi idea baharu. Oleh itu, sudah tiba masanya filem Malaysia perlu menembusi pasaran global, terutamanya dalam genre aksi dan seram yang kini mendapat perhatian penonton antarabangsa”, jelasnya.

Filem ini merupakan arahan oleh Kroll Azry, filem aksi yang ditayangkan di pawagam sejak 6 November lalu itu yang menampilkan barisan pelakon hebat termasuklah Dato’ Aaron Aziz,Datuk  Dato’ Afdlin Shauki, Fadhli Masoot dan Abi Madyan.

Pengarah Filem Banduan, Kalyana Devan

Banduan merupakan adaptasi daripada filem Tamil 2019, Kaithi, karya pengarah terkenal Lokesh Kanagaraj, dan diterbitkan  oleh  Syarikat Dream Warrior Pictures dan Number Twenty One Media.

Sejak mula ditayangkan, filem itu berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM8 juta, sekali gus menjadi antara filem tempatan paling berjaya tahun ini.

Filem Banduan ini berlatarbelakangkan seorang bekas banduan yang baru dibebaskan terpaksa memandu bagi membawa sekumpulan anggota polis yang telah diracun untuk dibawa ke hospital dengan harapan mendapat peluang untuk bertemu anak perempuannya.

Berdasarkan rekod, filem ini turut menerima  tiga pencalonan di IFFA, termasuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan Dato’ Aaron Aziz sebagai watak utama.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi