Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Perasmian pameran Faizal Sidik: MATEMATIKA telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Zanita Anuar, mantan Kurator dan Timbalan Pengarah Operasi, Balai Seni Negara di HARTA Space, Ampang, semalam.
Dalam ucapan, Puan Zanita berasa kagum akan kecekalan dan daya kreatif yang dihasilkan oleh Faizal, serta berharap usaha yang dilakukan akan terus menyemarakkan dunia seni visual.

Pameran Faizal Sidik: MATEMATIKA kali ini menggunakan matematik (geometri, susunan modular, pengulangan) sebagai struktur pemikiran untuk komposisi seni, menghubungkannya dengan logik corak songket dan pengalaman visual, menjadikannya bahasa estetik yang mendalam.
Sebanyak 33 buah karya ditampilkan (sembilan pada tahun 2023, tiga 2025 dan 21 (2026)) memperlihatkan bahawa matematik bukan sebagai pengiraan, tetapi sebagai cara pandang yang membentuk seni abstrak kontemporari.
Sebagai contoh, karya yang dihasilkan pada tahun 2023, iaitu Pertama (Bunga Bintang, Bunga Pucuk & Rama-Rama) – akrilik pada kayu menjelaskan tentang Golden Butterfly – akrilik pada kanvas, 60 sentimeter diameter; Golden Flower – akrilik pada kanvas, 20 sentimeter X 14 sentimeter; Two Butterfly – akrilik pada kanvas, 29 sentimeter diameter; dan Silver Butterfly Rhombus – akrilik atas kanvas, 25.5 sentimeter X 25.5 sentimeter.
Karya-karya pada tahun 2025 pula ialah Fizika – akrilik pada kayu, pelbagai dimensi; Stencil Drawing #7 – kayu pada kayu, 26 sentimeter X 26 sentimeter; dan Stencil Drawing #8 – kayu pada kayu, 26 sentimeter X 26 sentimeter.
Pada tahun 2026, Faizal menghasilkan Tenaga (Bunga Bintang, Bunga Tampuk Manggis & Bunga Pucuk) – akrilik pada kayu, pelbagai dimensi; Sempurna (Bunga Bintang, Tampuk Manggis & Bunga Pucuk) – akrilik pada kayu, pelbagai dimensi; Ritma (Rama-Rama, Bunga Tampuk Manggis & Bunga Pucuk) – akrilik pada kayu.

Menurut Faizal, beliau mahu menonjolkan bagaimana unsur geometri, sistem modular dan corak songket digunakan sebagai bahasa visual yang kompleks.
Saya berharap pengunjung dapat mengamati logik bentuk, makna tersembunyi dalam karya seni kontemporarinya dan susunan membuka ruang tafsiran konseptual yang lebih luas.
Pameran ini akan berlangsung dari 7 Januari hingga 31 Januari di HARTA Space, Ampang. Masuk adalah percuma.
