Oleh Nasrul BK
Diterbitkan pada 4 November 2025, 08:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuantan – Pementasan Teater Pelanduk Terakhir arahan pengarah teater Suezanna Mohd. Suboh atau lebih dikenali sebagai Suezanna M.S., mendapat sambutan hebat selama tiga hari berturut-turut dari 31 Oktober 2025 hingga 2 November 2025 di Auditorium Sudirman, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang.

Beliau berjaya menyatukan keindahan seni tari dan nyanyian, nilai moral dan kemanusiaan serta kekuatan mengusik jiwa nurani dalam persembahan yang penuh makna.

Pementasan Teater Pelanduk Terakhir dijayakan oleh para pelakon seperti Dato’ Fizz Fairuz, Liza Abdullah, Dato’ Razak Ahmad dan pelakon teater Pahang.

Persembahan yang penuh dramatik, simbolik dan menyentuh hati ini terus mendapat pujian atas lakonan bertenaga serta mesej perjuangan yang mendalam.

Naskhah Pelanduk Terakhir mendapat kepercayaan JKKN Pahang untuk diangkat sebagai Karya Teater 2025 bagi negeri Pahang dan Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) selaku penganjur turut menyokong dalam membantu mengangkat naskhah tersebut ke pentas teater.

“Ini membuktikan peminat seni teater masih ramai dan kami di JKKN Pahang sentiasa membantu mana-mana pihak yang ingin bekerjasama bagi pementasan teater,” kata Pengarah JKKN Pahang, YBrs. Encik Rizal Ismail dalam ucapan perasmiannya sebelum melancarkan Antologi Skrip Drama: Bukan Cinta Biasa pada hari kedua pementasan Teater Pelanduk Terakhir.

Kredit Foto: Facebook JKKN Pahang
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi