Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Dua jenis hidangan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang paling ikonik, iaitu teh tarik dan kuih Nyonya, onde-onde kini menjadi tumpuan utama dalam dunia permainan antarabangsa apabila dipilih sebagai sebagai item kosmetik dalam permainan, yang dilokalkan secara eksklusif untuk harta intelek permainan Korea popular peringkat global, iaitu CookieRun: OvenSmash.
Dibangunkan oleh studio permainan Korea terkemuka, iaitu Devsisters, francais CookieRun telah memikat pemain di seluruh dunia sejak penampilan sulungnya pada tahun 2009, hasil daripada watak biskutnya (cookies) yang comel dan menawan.
Francais ini kini telah mengumpulkan lebih 300 juta orang pengguna di seluruh dunia, serta bekerjasama dengan nama antarabangsa besar termasuklah kumpulan K-pop terkenal BTS, filem muzikal popular Wicked dan fenomena global tahun lalu, K-pop Demon Hunters – yang terus mengukuhkan statusnya sebagai harta intelek berpengaruh pada peringkat dunia.
Edisi terkini dalam siri ini, CookieRun: OvenSmash merupakan permainan aksi pantas berbilang pemain dalam masa nyata, yang mencetuskan fenomena dunia sejurus pelancaran globalnya pada Mac 2026, dengan melebihi sejuta muat turun dalam hanya tiga hari, serta pantas mendaki carta muat turun di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Untuk meneruskan kejayaan pelancaran antarabangsanya, permainan ini secara rasmi melebarkan sayap ke Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau pada 23 April lalu, dengan muat turun percuma kini tersedia.
Bagi meraikan pelancaran serantau ini, pihak pembangun memperkenalkan item kosmetik yang dilokalkan secara eksklusif untuk setiap pasaran, dengan teh tarik dan onde-onde dari Malaysia dan Singapura menjadi antara tarikan utama, sekali gus mengujakan pemain tempatan.
Pasukan pembangun jelas memperincikan elemen tempatan dalam kedua-dua rekaan ini. Fitur kosmetik Teh Tarik menampilkan gaya pembungkusan ikonik ikat tepi yang sinonim dengan rakyat Malaysia, lengkap dengan tali pengikat berwarna yang menggambarkan rupa minuman jalanan kegemaran ini secara autentik.
Sementara itu, kosmetik Onde-onde diinspirasikan daripada salutan daun pandan serta inti gula melaka, yang diolah semula secara kreatif sebagai aksesori comel dalam permainan, membawa pesona Asia Tenggara ke medan pertempuran.
Sejak prapendaftaran serantau dibuka pada bulan Mac lalu, CookieRun: OvenSmash telah melepasi sejuta pendaftaran di seluruh Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan luar biasa para pemain, pihak pembangun mengumumkan bahawa item kosmetik bertemakan Teh Tarik akan diberikan secara percuma dalam permainan, membolehkan semua pemain menikmati elemen cita rasa tempatan ini tanpa sebarang kos.
Ekoran elemen cita rasa tempatan kini digabungkan dalam salah sebuah francais permainan paling popular di dunia, CookieRun: OvenSmash menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa buat pemain tempatan.
Kini, permainan ini tersedia untuk dimuat turun secara percuma di Malaysia dan Singapura. Sertailah pertempuran bersama-sama pemain dari seluruh rantau ini dalam aksi berbilang pemain yang sangat mendebarkan.
Muat Turun Rasmi: https://ovensmashsea.onelink.me/oaLQ/pr1
Facebook Rasmi: https://web.facebook.com/CookieRunVNG.SGMY