Diterbitkan pada 22 Ogos 2024, 17:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan terus menyokong teras Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memberikan penekanan kepada aspek karamah insaniah, iaitu dengan memberikan penekanan kepada pembentukan karakter, adab, akhlak, disiplin dan integriti pelajar melalui pelbagai program yang dianjurkannya.

Demikian ucap Ketua Pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami Jahari ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan 2024 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP pada pagi tadi.

YBrs. Dr. Hazami Jahari ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan 2024.

Penganjuran Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan 2024 menurut YBrs. Dr. Hazami Jahari, adalah amat penting dalam usaha DBP untuk menjadi “pelaku utama” dan tonggak yang sentiasa menyokong dan menyantuni pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia dalam usaha pemerkasaan bahasa kebangsaan.

Tambah beliau, “Penganjuran program seperti ini merupakan satu daripada usaha berterusan DBP sebagai tunjang pemerkasaan bahasa dan sastera kebangsaan kepada pelbagai lapisan masyarakat.”

“DBP bersedia untuk menjadi gelanggang atau medan dengan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menganjurkan kegiatan atau pertandingan yang dapat mencungkil serta membina bakat berkaitan bahasa dan sastera dalam kalangan pelajar khususnya murid orang asli dan peribumi di seluruh negara,” ujar beliau lagi.

Johan kategori tarian tradisional, kumpulan negeri Selangor ketika membuat persembahan.

Selain itu, YBrs. Dr. Hazami Jahari menyatakan bahawa penganjuran program tersebut amat penting bagi mewujudkan rasa megah bahasa akan bahasa Melayu selain membentuk keyakinan diri pelajar yang menyertainya.

YBrs. Dr. Hazami Jahari juga menyatakan kesediaan DBP untuk bertindak sebagai tuan rumah tetap bagi Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan untuk tahun-tahun mendatang.

Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau sempat menitipkan nasihat kepada semua pelajar yang terlibat. Kata beliau, “Tiada apa-apa yang dapat mengubah nasib dan hidup kita selain ilmu dan pengetahuan yang diberikan oleh guru di sekolah.”

Oleh hal yang demikian para pelajar ujar beliau, hendaklah belajar bersungguh-sungguh untuk lebih berjaya dalam bidang akademik dan hidup pada masa hadapan.

Penganjuran karnival ini adalah atas usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum (BKPK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak yang berlangsung selama dua hari, iaitu dari 21  Ogos 2024 hingga 22 Ogos 2024 di Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Peserta dan delegasi Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan 2024  bergambar kenang-kenangan bersama-sama Ketua Pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami Jahari serta tetamu kehormat yang lain.

Melalui penganjuran karnival ini, 11 acara dipertandingkan termasuklah pertandingan bercerita, pertandingan robotik, “Young Innovators Challenge”, pertandingan penyampaian berita, tarian tradisional, syair serta nyanyian duet dan solo.

Pasukan dari negeri Kelantan unggul apabila muncul sebagai juara keseluruhan Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan 2024.

Yang berikut ialah keputusan 11 pertandingan yang dipertandingkan dalam Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan 2024:

PEMENANG KESELURUHAN

KEDUDUKAN NEGERI
JOHAN KESELURUHAN KELANTAN

ACARA: TARIAN TRADISIONAL

KEDUDUKAN NAMA PASUKAN NEGERI
JOHAN SELANGOR SELANGOR
NAIB JOHAN KELANTAN KELANTAN
KETIGA PERAK PERAK

ACARA: KAJIAN TINDAKAN GURU

KEDUDUKAN NAMA PESERTA NEGERI
JOHAN MASTRA IRFA A/P NASRUN JOHOR
NAIB JOHAN MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY PERAK
KETIGA NURUL SYAFIQAH BINTI ZAMRY SABAH
KEEMPAT ANGELIA ANAK PANGGAI SARAWAK
KELIMA ROSZAILIEEFALWAS A/K RUSLY TERENGGANU

  ACARA: BERCERITA BAHASA MELAYU

KEDUDUKAN NAMA PESERTA NEGERI
JOHAN SITI WAIDAH BINTI ABDULLAH SABAH
NAIB JOHAN NAWAL HUSNA BINTI NAZRUN JOHOR
KETIGA PUTERI AMIRAH ABU BAKAR PAHANG

ACARA: BERCERITA BAHASA INGGERIS

KEDUDUKAN NAMA PESERTA NEGERI
JOHAN FABIANA A/P ZOPIANE KELANTAN
NAIB JOHAN NAZATUL HAINA BINTI NAZRUN JOHOR
KETIGA LEONEL LEIMENG SABAH

ACARA: PEMBACAAN BERITA BAHASA MELAYU

KEDUDUKAN NAMA PESERTA NEGERI
JOHAN KAMALISA BINTI KIMTAI PAHANG
NAIB JOHAN NURUL FAZRINNA BINTI ABDULLAH NEGERI SEMBILAN
KETIGA NURUL ALEEYA SOFFIYAH BINTI AZZELI SELANGOR

ACARA: PEMBACAAN BERITA BAHASA INGGERIS

KEDUDUKAN NAMA PESERTA NEGERI
JOHAN NUR MUHAMMAD ALKHAWARIZMI BIN ROSMI KELANTAN
NAIB JOHAN MIA ADELIA SELANGOR
KETIGA NUR ALIYA FATHIAH BINTI ABDULLAH PERAK

ACARA: SYAIR

KEDUDUKAN NAMA PESERTA NEGERI
JOHAN DARENCE AJENG ANTHONY SARAWAK
NAIB JOHAN AZMEER BIN RAHIMI PERAK
KETIGA AHMAD HARIANTO BIN ABDULLAH SABAH

ACARA: ROBOTIK

KEDUDUKAN NAMA PASUKAN NEGERI
JOHAN FIZREY ROVINCE A/L RONACHAI PAHANG
HAFIEZIE A/L AZWANIZIZI
MATTHEW JAMBAI A/L KARONG
NAIB JOHAN ROMZI BIN ANJANG KELANTAN
SITI SOLEHA A/P MASRI
MEKRENIK A/P RABU
KETIGA AIDIL ALFIAN BIN ABDULLAH SABAH
MOHAMAD AMIR BIN LAIN
JUHARIN BIN ABDULLAH

ACARA: YOUNG INNOVATORS CHALLENGE

KEDUDUKAN NAMA PASUKAN NEGERI
JOHAN FAZLIZA A/P AHMAD NORDIN JOHOR
NURANNTASYA AMIRA A/P ZAMRI
NAIB JOHAN LIASAMRIANA A/P SAMSURI KELANTAN
FIE HEZZY AILYN ERLYZZA A/P AZUANDY
KETIGA INDRA PUTRA ANAK ROSI PERAK
NOR SAKIANI BINTI ABU BAKAR

ACARA: NYANYIAN SOLO

KEDUDUKAN NAMA PESERTA NEGERI
JOHAN JESSICA RIGIN SABAH
NAIB JOHAN QOLLENZIA ALLERIA URING ANAK BONEY PANAU SARAWAK
KETIGA SITI NORBALQISHA BINTI HANAFIAH JOHOR

ACARA: NYANYIAN DUET

KEDUDUKAN NAMA PESERTA NEGERI
JOHAN AUSTINE FERNANDES SIGO SARAWAK
ADELIYA JULIS
NAIB JOHAN MUHAMMAD KHAIRUL IQRAM BIN JOHARI PERAK
NOR AIN DERISA BINTI ASOT
KETIGA IQRAM SHAHIZAD NAIQUDIN A/L IMRAN PAHANG
ZULFASZRI A/L AHAD

 

 

 

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi