29 Mac 2021, 09:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan program Cakna Ilmu: Luar Jendela pada 27 Mac 2021 yang diadakan secara langsung menerusi Facebook DBP Malaysia. Tema program pada kali ini ialah “Konbanwa Malaysia Akulturasi Budaya Jepun-Malaysia”.

Program yang menampilkan lima orang ahli panel yang pernah bermausatin di Malaysia kerana menyambung pelajaran, iaitu Yuka Kanamori (Anisah), Tomomi Kurosa (Balqis), So Kimura (Solehan), Iljima Hazuki (Zubaidah) dan Kuroda Rin (Redhuan) ini diadakan bertujuan menarik minat masyarakat dapat berbahasa Melayu dengan betul. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada orang asing terhadap bahasa Melayu. Aspek bahasa dan budaya Melayu dan Jepun turut dikupas dengan panjang lebar dalam program ini.

Perbincangan berkisar tentang persamaan budaya Jepun dan Malaysia. Zubaidah mengatakan yang dia gemar membelanja rakan-rakannya terutamanya rakan yang lebih muda daripadanya kerana sudah terbiasa dengan budaya masyarakat di Malaysia. Redhuan pula mengatakan bahawa persamaan budaya Malaysia dengan Jepun ialah masyarakatnya kerap memberikan hadiah dan sangat menghargai generasi tua.

Selain itu, persamaan antara budaya Malaysia dengan Jepun ialah generasi muda tidak meminta-minta duit belanja dan sentiasa berdikari walaupun mereka sedang melanjutkan pelajaran di universiti. Antara keunikan budaya Jepun ialah mereka sentiasa mengucapkan terima kasih kepada orang yang menjaga kesejahteraan mereka pada setiap musim seperti musim panas, musim luruh dan lain-lain lagi. Mereka turut memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka tersebut. Aspek kebersihan juga sangat dititikberatkanMereka juga sangat mementingkan aspek kebersihan. Mereka diajar dan membersihkan setiap kawasan sekolah sejak dari kecil lagi.

Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat. Program seumpama ini harus diteruskan agar bahasa kita sentiasa segar dan tidak lekang dari bibir penutur asing.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi