18 April 2024, 15:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis di Mes Pegawai Kanan, Jalan Raja Muda, Kangar.

Baginda turut diiringi oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Polis Perlis, DCP Datuk Muhammad Abdul Halim, Timbalan Ketua Polis Perlis, SAC Baderul Hisham Baharudin serta pegawai-pegawai kanan PDRM Kontinjen Perlis.

Duli-Duli Tuanku turut berkenan mengadakan lawatan ke gerai-gerai juadah yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman yang dibahagikan mengikut negeri-negeri di Malaysia.

DYMM Tuanku Tengku Fauziah berkenan menyempurnakan pengurniaan duit raya kepada 160 orang kanak-kanak yang merupakan anak kepada para pegawai dan anggota PDRM Kontinjen Perlis.

Pelbagai persembahan menarik oleh para pegawai dan anggota PDRM bagi menampilkan bakat yang ada juga diadakan termasuklah sketsa, dikir barat dan nyanyian bertemakan hari raya untuk menghiburkan tetamu yang hadir.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.