22 April 2024, 17:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pauh Putra – DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Riang Ria Raya Aidilfitri @ UniMAP 2024 di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Dr. Zaliman Sauli dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Sri Sufri Haji Mhd Zin.

Majlis pada tengahari itu dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga pendidik, kakitangan dan para pelajar universiti.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Canselor UniMAP dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen merangkap Tuanku Pro Canselor turut berkenan untuk menyempurnakan simbolik perasmian majlis tersebut sambil disaksikan oleh para tetamu kehormat yang lain.

Sebanyak 4000 orang tetamu telah menghadiri dan memeriahkan majlis yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 4 petang. Pelbagai juadah makanan dan minuman telah disediakan yang melibatkan semua jabatan dan fakulti di UniMAP.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.