14 Julai 2021, 14:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Program sembang santai FLASHBACK anjuran People of Remarkable Talents (PORT) kali ini menampilkan Chong Kok Tsong atau lebih mesra dikenali sebagai Jesmond Chong, seorang jurutera bunyi yang berpengalaman selama 21 tahun di dalam bidang rakaman muzik. Beliau yang juga pemilik Perfect Muzik Production @ Trinity Studio, merupakan anak jati Ipoh. Studio yang diasaskan beliau ini merupakan studio rakaman digital pertama di Ipoh.

Jesmond Chong menceburi industri muzik sebagai penyanyi utama kumpulan sekitar tahun 1992. Pada tahun 2005, beliau menubuhkan Brightone Production. Beliau telah menerima undangan dari Perak FM sebagai jurutera bunyi dari tahun 2012 sehingga tahun 2018.

Beliau menyatakan bahawa kepesatan teknologi dalam sistem audio menyebabkan studio rakaman perlu lebih peka dan proaktif kerana i sesiapa sahaja boleh membuat rakaman sendiri di rumah pada masa ini. Namun begitu, proses mastering dan mixing sebaiknya dilakukan di studio oleh jurutera bunyi yang berpengalaman bagi menjadikan sesebuah lagu itu sempurna. Beliau turut menambah jurutera bunyi tidak hanya terlibat dalam pembikinan muzik album tetapi juga terlibat dalam proses alih suara untuk drama dan pembikinan OST filem.

PORT dilihat aktif mengangkat dan memperkenalkan anak seni Ipoh kepada masyarakat melalui program dalam talian anjurannya. PORT yang diasaskan pada tahun 2011 merupakan jenama bagi Kampung Karyawan Amanjaya, sebuah agensi kebudayaan yang mendapat peruntukan sepenuhnya dari Kerajaan Negeri Perak.

PORT menyediakan platform kepada belia Perak mengembangkan bakat dalam seni visual, persembahan, sastera dan banyak lagi melalui program bicara seni.

Sesi pertama telah berlangsung pada 2 Julai yang lalu melalui siaran langsung Instagram PORT Ipoh yang menampilkan jurugambar Takara Sakana yang berkongsi perjalanan seninya dalam bidang fotografi. PORT juga telah menjemput pemuzik; Jaja Noordin dan penggiat seni kraf; Nor Hazira Jalik pada sesi sebelum ini. Sesi yang berlangsung pada 15 Julai ini merupakan sesi keempat bagi slot Flashback bersama anak seni Ipoh. Sesi FLASHBACK itu akan berlangsung secara mingguan.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!