2 Disember 2021, 22:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan 3 Disember pada setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia dalam ucapan khas yang disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) di saluran TV1, malam semalam.

Pada majlis perisytiharan tersebut, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan, pemilihan tarikh 3 Disember dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada Jumaat lalu sebagai tanda penghargaan atas sumbangan, sokongan dan minat dalam kraf batik yang ditonjolkan oleh isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Badawi, iaitu Allahyarhamah Tun Endon Mahmood.

Menerusi ucapan tersebut, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) atas usaha yang jitu dalam menjayakan hari bersejarah ini.

Saya berasa amat gembira menyaksikan usaha MOTAC melalui kraf tangan Malaysia dalam membangunkan industri kraf batik negara agar terus mampan dan berdaya saing dalam mendepani ekonomi global.

Tambahnya lagi, sehubungan dengan pengisytiharan ini, kerajaan telah menetapkan hari Khamis sebagai hari pemakaian baju batik bagi semua penjawat awam, swasta dan juga Keluarga Malaysia termasuk ahli parlimen.

Tonton perisytiharan Hari Batik Malaysia menerusi pautan ini.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi