Oleh Nur Suria
7 Disember 2021, 14:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan mengadakan Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM 31) pada Jumaat, 10 Disember 2021, bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.

Malam Anugerah FFM 31 ini akan berlangsung pada pukul 8.00 – 11.00 malam dan bertemakan “Citra Sinema”. Tema ini mengetengahkan sinema Malaysia dan inspirasi kecemerlangan global serta transformasi industri perfileman era 1950-an hingga kini. Anugerah ini juga akan bersiaran secara langsung dan boleh disaksikan di YouTube FINAS Malaysia.

Anugerah FFM 31 ini merupakan acara tahunan bertaraf nasional yang bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan industri perfileman dan karyawan tempatan. Anugerah ini juga dilaksanakan bagi memperkasakan jaringan strategik domestik dan antarabangsa selain membudayakan semangat mencintai filem tempatan.

Sebanyak 28 kategori anugerah dipertandingkan pada malam tersebut. Antaranya ialah Anugerah Filem Terbaik, Anugerah Lakon Layar Terbaik, Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Penyunting Terbaik dan Anugerah Penataan Bunyi Terbaik.

Dalam pada itu, beberapa program sisipan telah diaturkan oleh FINAS sebelum menuju malam anugerah berbentuk tayangan umum, sesi apresiasi serta soal jawab bersama-sama pengarah filem selepas tayangan. Antara filem yang ditayangkan ialah Wira, Suraya danĀ Dendam Kesuma. Tiket masuk bagi program sisipan anjuran FINAS ini adalah percuma dan penonton boleh mendapatkan pas masuk di pawagan.

Di samping itu, FINAS turut menganjurkan webinar sebagai medium perkongsian umum mengenai dunia perfileman domestik dan antarabangsa seperti yang berikut.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!