28 Disember 2021, 09:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Rentetan penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan kehidupan hampir keseluruhan populasi dunia, aktiviti pelancongan dilihat sebagai industri yang paling terjejas dan telah mengalami kemerosotan yang ketara. Memahami kesukaran yang dihadapi syarikat pengendali pelancongan yang dilesenkan di bawah Akta 482, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberikan beberapa kelonggaran syarat kepada pihak yang terlibat dalam menjalankan perniagaan agensi pengembaraan.

Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dan Peraturan-peraturan dikuatkuasakan oleh MOTAC. Melalui punca kuasa di bawah Seksyen 4 akta tersebut, Pesuruhjaya Pelancongan bertanggungjawab bagi penyeliaan am ke atas segala perkara yang berhubung kait dengan Akta 482.

Menurut MOTAC, “Berdasarkan sikap keprihatinan MOTAC terhadap nasib pengusaha pelancongan yang masih lagi terkesan dengan penularan wabak COVID-19, Kementerian ini bersetuju untuk melanjutkan lagi tempoh kelonggaran mulai 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022 bagi beberapa kelonggaran.”

Kelonggaran yang diberikan ialah pelanjutan kelonggaran dari segi keluasan premis bagi syarikat pengendali pelancongan dan pelanjutan kebenaran untuk menjalankan perniagaan lain di dalam premis pengendali pelancongan. Selain itu, mereka turut diberikan pemanjangan tempoh penyewaaan premis perniagaan secara co-share office space.

Melalui siaran media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat MOTAC, kementerian ini berbesar hati melonggarkan syarat tersebut untuk  syarikat pengendali pelancongan dan manfaat ini dijangka dapat dinikmati oleh 5467 pengusaha pelancongan berlesen yang terkesan dengan penularan COVID-19.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.