29 Disember 2021, 08:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Siapa sangka, sebuah perkampungan nelayan biasa mampu mengalami perubahan yang besar apabila menjadi kampung warna-warni yang indah hanya dalam tempoh kurang dari satu tahun.

Bermula dengan siri turun padang bagi menyantuni golongan asnaf di Perlis, maka tercetuslah ilham untuk mentransformasikan perkampungan paling utara di Malaysia yang bersempadan dengan Thailand, iaitu Kampung Seberang Ramai.

Perkampungan warna-warni, Kampung Seberang Ramai.

Ilham transformasi yang dicetuskan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersama-sama anakanda puteri sulung baginda, Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat di kawasan Kampung Seberang Ramai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs), Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, ketika DYTM Raja Muda Perlis mencemar duli dalam program kayuhan “MAIPs Peduli”, baginda melihat elemen ke arah penambahan nilai sesuatu kampung perlu diberikan penekanan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah beliau, baginda Raja Muda Perlis melihat keadaan Kampung Seberang Ramai berpotensi untuk mengalami perubahan yang baik dari sudut fizikal dan juga mentaliti masyarakat di kawasan kampung tersebut. Maka itu, bermulalah proses mentransformasikan Kampung Seberang Ramai sehingga menjadi tarikan baharu para pengunjung yang datang ke negeri Perlis.

Apakah reaksi penduduk Kampung Seberang Ramai apabila hasrat cetusan ilham diraja Perlis ini disampaikan kepada mereka? Bagaimanakah bentuk pelaksanaan program transformasi kampung warna-warni ini? Apakah perubahan yang berlaku terhadap Kampung Seberang Ramai, dan berhasilkah program transformasi perkampungan tradisional nelayan ini?

Untuk mengetahui maklumat terperinci berkaitan dengan Projek Diraja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis, dapatkan Dewan Budaya Bil. 01/2022 di pasaran menerusi pautan ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.