30 Disember 2021, 10:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Dubai – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia menjadi tuan rumah kepada Pavilion Malaysia bagi minggu ke-13 di Expo 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula pada 26 Disember 2021 hingga 31 Disember 2021.

Delegasi Malaysia disertai oleh 16 organisasi yang terdiri daripada lima lembaga pelancongan negeri, tiga persatuan, satu rangkaian hotel, satu pemilik produk dan enam pengusaha pelancongan.

Menurut MOTAC, “Dengan bertemakan ekopelancongan, Malaysia dipromosikan sebagai Top of the Mind Ecotourism Destination of the World.”

Minggu Ekopelancongan di Astaka Malaysia adalah bertepatan dengan Dasar Pelancongan Negara Malaysia 2020− 2030 yang mengetengahkan aktiviti pelancongan lestari dan bertanggungjawab.”

Tambah MOTAC, “Sepanjang Minggu Ekopelancongan di Astaka Malaysia, Tourism Malaysia juga dijadual menganjurkan siri perkongsian ilmu Expert Talk yang memberikan peluang kepada para peserta mengetahui dengan lebih lanjut tentang perspektif ekopelancongan yang berbeza di Malaysia.”

“Perkara ini disampaikan oleh para penceramah terkenal Malaysia, iaitu Encilk Andrew Sebastian (Ecotourism & Conservation Society Malaysia), Encik Syed Abd Rahman Syed Hassan (Diveheart Malaysia), Profesor Adjung Anthony Wong Kim Hooi (Pakar Ekopelancongan dan Kelestarian) dan Encik Eric Sinnaya (Malaysia Nature Society),” jelas MOTAC lagi.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Yang Berhormat (YB) Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri turut merasmikan pelancaran beca tradisional Malaysia pada 29 Disember 2021 serta beberapa pakej Malaysia yang mempromosikan produk ekopelancongan baharu di seluruh Malaysia.

Sumber foto: Facebook rasmi MOTAC.

“Dato’ Sri Nancy juga akan menghadiri majlis majlis makan malam bersama-sama para pemain industri dan wakil media di UAE pada 30 Disember 2021 bersempena dengan Misi Jualan Pelancongan yang pertama kali diketuai beliau di Timur Tengah. Misi pelancongan yang bermula pada 1 hingga 5 Januari 2022 bertujuan memulihkan dan meningkatkan komitmen dalam mewujudkan kerjasama pelancongan bersama-sama pemain industri pelancongan antarabangsa pada masa hadapan,” tambah MOTAC menerusi satu kenyataan rasmi pada 29 Disember 2021.

Penyertaan Malaysia dalam Expo 2020 Dubai diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) sebagai agensi pelaksana.

Untuk maklumat lanjut mengenai ekspo ini, layari laman web rasmi Expo 2020 Dubai.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!