Oleh Syaza Wardina
2 Januari 2022, 17:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Projek Diraja Kampung Warna-warni Program Transformasi Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis menerima suntikan dana sebanyak RM50 ribu daripada syarikat Alme Niaga Sdn. Bhd. melalui Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Majli
Majlis penyerahan dana suntikan sebanyak RM50 ribu sumbangan Alme Niaga Sdn. Bhd.

Cek sumbangan CSR tersebut dipersembahkan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Rizal Azizan yang mewakili syarikat berkenaan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Pengerusi YTSP Perlis baru-baru ini.

Turut dipersembahkan ialah sumbangan zakat syarikat tersebut melalui MAIPs dan sumbangan zakat peribadi Ahmad Alif S. Ahmad Sharifuddin.

Pada majlis tersebut, yang turut sama hadir ialah Ketua Hakim Syarie Negeri, Yang Amat Arif Ibrahim Deris dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

“Pelaksanaan tambahan proses mengecat lorong di jajaran luar yang dilaksanakan secara bersama-sama oleh MAIPs dan YTSP Perlis dengan kerjasama pelbagai agensi, pasukan keselamatan, institut pengajian tinggi dan juga pihak swasta untuk fasa lapan sudah pun disempurnakan,” demikian menurut Tuanku Raja Muda Perlis.

“Pelaksanaan ‘Program Transformasi Komuniti’ oleh MAIPs dan YTSP Perlis bagi mengecat bangunan-bangunan dengan warna kuning di Pekan Lama Arau juga sedang dalam tindakan dengan kerjasama beberapa NGO serta golongan asnaf dan kini sudah pun hampir selesai,” tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Baru-baru ini, pihak SW Corp dengan kerjasama E-Idaman telah membekalkan tong sampah khas kepada wakil penduduk Kampung Hujung Tanjung sebagai projek rintis untuk dijaga dan diuruskan oleh penduduk yang diberikan tanggungjawab.

 

Sementara itu, Jabatan Perhutanan Negeri pula telah menanam 33 batang pokok bunga tanjung di Kampung Seberang Ramai bersempena dengan kempen Penghijauan Malaysia bersama-sama penduduk kampung pada 16 Disember 2021 yang lalu.

Menurut Mohd Rizal, inisiatif Kampung Warna-warni merupakan sentuhan DiRaja Perlis yang amat baik dan boleh dijadikan model untuk dikembangkan di tempat lain.

Menutup titah, Tuanku Raja Muda Perlis menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2022 dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada seluruh rakyat di negeri dan negara ini.

Baginda berharap agar tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik berbanding dengan tahun yang terdahulu serta mendoakan mangsa-mangsa bencana banjir di negara ini akan terus tabah dan bangkit menghadapi dugaan ini.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.