Oleh Mubarak Ismail
6 Februari 2023, 20:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Majlis perasmian “Temasya Warna-warni Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis” yang berlangsung di Perkarangan Dataran Semarak Projek Transformasi Diraja Kampung Nelayan Warna-warni Seberang Ramai Kuala Perlis disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil baru-baru ini.

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sedang cuba memasak di reruai yang terdapat dalam program temasya yang berlangsung.

Turut hadir bagi menyambut ketibaan baginda berdua ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Pengarah Kementerian Belia dan Sukan, Mohd Azhari Mohammad, Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA), Mohd Khairol Nizam Mohamad Ibrahim Khan dan Penasihat MFWDA, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama MFWDA menganjurkan program temasya ini bermula dari 3 hingga 5 Februari 2023. Selain itu, program temasya ini turut melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak. Antaranya termasuklah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Pelbagai aktiviti, pertandingan, pameran dan jualan kepada para pengunjung bersempena program temasya ini turut mendapat sokongan padu daripada sektor swasta merangkumi Syarikat Adabi, Nasty Group, Pertubuhan Warisan Patriotik Malaysia, MyFundAction, Kolej Antarabangsa Murni, EST Infinity, Aec Machinery, Idillick Partners, Easy Paint, Akademi Binaan Malaysia.

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil melawat reruai-reruai yang terdapat dalam program “Temasya Warna-warni Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis”.

Sepanjang program temasya ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antaranya termasuklah Pertandingan Cabaran 4×4 KBS, Perkhemahan 4×4, Pertandingan RC Crawler Offroad 4×4, Pertandingan Kenderaan Mini RC Crawler 4×4, Pertandingan Sukan E-Sport, Pertandingan Mewarna serta Pertandingan Memasak Cita Rasa Adabi bersama-sama Chef Mohd Irwan Mohd Nor.

Di samping itu, dalam program temasya ini turut diadakan aktiviti “Slide Pool”, Ceramah Ziarah Mahabbah, Senaman Pagi, Pertandingan Kopi Tarik, Pertandingan Sukan Rakyat dan Permainan Tradisional, Pertandingan RC BOAT, Konvoi Cabaran 4×4 KBS, Konvoi Program CSR, Penyerahan Fasiliti Kemudahan Awam, Program CSR Penyerahan Barangan kepada Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis serta Program Sukarelawan Together We Lend a Hand “Love the Environment”.

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bergambar dengan barisan penari bersempena program “Temasya Warna-warni Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis”.

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan mencemar duli untuk meluangkan masa meninjau lokasi pertandingan 4×4 Challenge serta tempat pertandingan memasak Cita Rasa Adabi di samping beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.