17 Februari 2022, 16:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atau dikenali sebagai Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2022 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. HKK 2022 bakal berlangsung pada 23 Februari hingga 7 Mac 2022, bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Nancy Shukri, penganjuran HKK 2022 merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan usahawan serta komuniti kraf dalam membangunkan industri kraf negara.

Tambah beliau, “Bertemakan ‘Kraf Mewarnai Keluarga Malaysia’ yang menggambarkan keunikan dan keindahan produk kraf, HKK 2022 diharap dapat menceriakan kehidupan Keluarga Malaysia.”

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan tawaran baucar rebat sebanyak RM30 bagi setiap pembelian barangan kraf yang bernilai gandaan RM100.

Ayuh bersama-sama memperkasakan sosioekonomi rakyat dan menyokong produk kraf tangan tempatan dengan menyertai HKK 2022 pada minggu hadapan.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!