Oleh Mubarak Ismail
14 Januari 2023, 23:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Ayer Keroh – Yang Berhormat (YB) Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkunjung ke Kompleks Kraf Melaka, Ayer Keroh, Melaka bersempena lawatan beliau ke negeri Melaka pada hari ini. Turut hadir mengiringi beliau ialah Yang Berbahagia Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Yang Berbahagia Datuk Mohd Zamri Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC.

YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya melawat salah satu pameran yang terdapat di dalam Kompleks Kraf Melaka.

Ketibaan rombongan lawatan tersebut disambut oleh Yang Berusaha Puan ‘Ainu Sham Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, barisan pengurusan tertinggi Kraftangan Malaysia dan Puan Nur Ithnani Ilyana Alias, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka.

Seterusnya, YB Dato’ Sri Tiong King Sing dibawa melawat sekitar Kompleks Kraf Melaka yang merupakan destinasi pusat pelancongan domestik dan antarabangsa. Di samping itu, turut diadakan aktiviti demonstrasi kraf, Makmal Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Anyaman Rotan dan Batik Clay, Pameran Produk Adiguru Kraf (Galeri Kraf Warisan), Pusat Jualan Kraf KARYANEKA dan pertunjukan permainan gasing pangkah negeri Melaka.

YB Dato’ Sri Tiong King Sing sedang mendengar penerangan tentang hasil kraf tangan yang dihasilkan.

Ayuh semua. Mari berkunjung ke Kompleks Kraf Melaka yang merupakan pusat kraf setempat!

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.