18 Februari 2022, 08:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Majlis Pelancaran Kalendar Program 2022 Balai Seni Negara serta Penyerahan Baucar Diskaun Pembelian Karya Seni Visual Buy Art Malaysia telah diadakan 15 Februari 2022 di Balai Seni Negara dan disiarkan secara langsung melalui laman media sosial Facebooknya. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri.

Sumber: Facebook rasmi MOTAC.

Kalendar Program 2022 Balai Seni Negara merupakan rangkuman program yang telah dirancang bagi mengangkat ekosistem seni di Malaysia manakala pemberian baucar diskaun pembelian karya seni visual keluarga Malaysia pula merupakan kesinambungan daripada aspirasi keluarga Malaysia yang telah diadakan pada tahun lepas.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyatakan pelancaran Kalendar Program 2022 Balai Seni Negara serta Penyerahan Baucar Diskaun Pembelian Karya Seni Visual Buy Art Malaysia bukan sahaja memberi makna yang besar kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam melaksanakan misinya tetapi juga amat bermakna kepada semua penggiat industri pelancongan, seni dan budaya yang amat memerlukan bantuan bagi mereka untuk bangkit semula. Tambah beliau, Balai Seni Negara diharapkan dapat meneruskan momentum kejayaan seperti yang telah dilakar pada tahun 2021 walaupun dihimpit dengan pelbagai cabaran.

“Program Young Art Entrepreneur (YAE) membuktikan Balai Seni Negara tidak meminggirkan anak muda dalam melakar masa depan pelancongan norma baharu seiring dengan strategi kelapan Pelan Strategik 2021 − 2025 MOTAC, iaitu melahirkan modal insan berilmu, berkemahiran, kreatif dan inovatif dalam sektor pelancongan, seni dan budaya, dan sebagai usahawan seni yang dapat mencipta pembaharuan yang lebih berdaya saingserta mewujudkan jaringan hubungan perniagaan baharu,” ucap beliau dalam majlis tersebut.

Sumber: Facebook rasmi Balai Seni Negara.

Program YAE yang bermula sejak tahun 2017 telah menghasilkan seramai 89 orang pelajar melalui enam kohort dan dijangka seramai 240 orang usahawan seni dapat dihasilkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pusat Repositori dan Konservasi Seni Negara atau Art Hospital yang bercirikan futuristik yang akan dibuka kepada orang ramai bakal emnjadi satu lagi produk pelancongan dan kebudayaan baharu di negara kita.

Selain dua program yang disebutkan oleh Menteri MOTAC dalam ucapan beliau, terdapat pelbagai program lain yang bakal dianjurkan oleh Balai Seni Negara pada tahun ini. Antaranya adalah seperti Program Kem Seni Pedalaman: Bakun Experience 2022 pada Mac; Program Community Based Tourism (CBT) Arca Awam di perairan Pulau Langkawi; Program Jejak Seni Malaysia; Program Keluarga Seni Malaysia “Art to Heart”; dan Program Jerayawara Seni Dwimusim (biennale) di Terengganu.

Turur hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Hajah Saraya binti Arbi, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Dato’ Indera Dayang Fatimah Tom Abang Saufi, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Encik Ameruddin Ahmad serta barisan pengurusan tertinggi MOTAC.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!