Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Perlis – Festival Jelajah Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis yang diadakan di Dataran Semarak Projek Transformasi Kampung Nelayan Warna-warni Seberang Ramai, Kuala Perlis berlangsung dengan jaya dan meriahnya.
Festival yang dianjurkan oleh Encomas Sdn. Bhd. dan Caffe Diem ini menyediakan pelbagai aktiviti dan acara untuk tatapan para pengunjung yang hadir. Antaranya termasuklah nyanyian santai Kaixin, pertandingan tarik tali di Taman Puteri Khatreena, Kumpulan Marhain Busking, pertandingan muboi pukat di Pelantar Seberang Alor, Kamarul & Shin Busking, Chot Geliga Busking, pertandingan gelung rotan di Kampung Hujung Tanjung, Busking Streetsax, pertandingan pakaian beragam di Anjung Diraja, Pekola Busking dan diakhiri dengan pertandingan karaoke serta Jem Session Busking.
Keberangkatan tiba Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda, Yang Amat Mulia (YAM) Tuanku Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail pada jam 6.15 petang merupakan kemuncak festival ini.
Baginda DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis yang diiringi oleh Pengarah Urusan Encomas Sdn. Bhd. dan Caffe Diem, Datuk Rick Cheng Wooi Seong berkenan menyaksikan persembahan alat muzik tradisional, tarian canggung, silat dan kumpulan hiburan jalanan.